Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 May, 2010

Dekatkan diri dengan BN - Nyalau


Caption: SOK SEK SOK SEK...Nyalau (berdiri) ketika berucap di rumah panjang Musing dalam kawasan Penempatan Semula Batang Ai Fasa II pada majlis ringkas berkenaan.

LUBOK ANTU, Selasa (18 Mei) – Rakyat khusus sekali di kawasan Parlimen Lubok Antu dinasihat agar tidak menjauhkan diri dari Kerajaan Negeri yang diteraju oleh komponen parti Barisan Nasional (BN) pada masa sekarang.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata rakyat akan lebih mudah menikmati faedah pembangunan daripada pihak Kerajaan Negeri sekiranya mereka terus menyokong penuh BN dari masa ke semasa.

“Saya berasa cukup gembira apabila menyaksikan rakyat di Lubok Antu masih menyokong penuh pihak kita (BN) menerusi keputusan pilihan raya negeri atau parlimen sebelum ini.

“Sokongan rakyat di Lubok Antu terhadap kerajaaan harus diteruskan selepas ini. Ia penting demi memastikan kesinambungan projek pembangunan di kawasan kita pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ringkas pada Majlis Pertemuan Ringkas dengan penduduk di Rumah Panjang Musing dalam kawasan Penempatan Semula Batang Ai Fasa II, Lubok Antu baru-baru ini.

Selain itu peruntukan Projek Kecil Luart Bandar (MRP) kata Nyalau adalah merupakan satu bantuan penting daripada pihak Kerajaan Negeri bagi membolehkan rakyat menaiktaraf ekonomi dan sosial hidup masing-masing selepas ini.

“Oleh yang demikian rakyat yang belum lagi menerima peruntukan MRP diminat untuk terus bersabar memandangkan Kerajaan Negeri akan tetap mengagih dan memberi bantuan itu kepada rakyat di masa akan datang.


”Lagipun kerajaan selama ini juga sering memberi penekanan terhadap pembangunan rakyat di kawasan luar bandar terutama sekali dari segi projek pertanian komersial, pembinaan kemudahan infrastruktur dan sebagainya,” katanya.

Nyalau pada ucapannya mahu rakyat di Lubok Antu untuk menolak segala fitnah yang memburuk-burukkan pihak Kerajaan Negeri terutama sekali ketika menjelang pilihan raya akan datang.

Tamat...


No comments:

Post a Comment