Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 May, 2010

BSMM Sri Aman sumbang hamper sempena Hari palang merah sedunia


Caption: UNTUK ALBUM...Paul (dua kanan), Dr Hayati (bertudung), Mashore (kiri sekali), Isaac (kanan sekali) bersama ahli BSMM cabang Sri Aman dan kakitangan Hospital Sri Aman bergambar kenangan sebelum bermulanya majlis terbabit.


SRI AMAN, Sabtu (8 Mei) – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman telah menyampaikan sumbangan berupa hamper makanan kepada 50 pesakit di Hospital Bahagian Sri Aman ini.

BSMM cabang Sri Aman yang disertai seramai 13 orang ahli telah menyampaikan hamper terbabit kepada para pesakit bermula jam 10 pagi menerusi sesi lawatan ke Hospital Bahagian Sri Aman hari ini.

Naib Pengerusi II BSMM cabang Sri Aman, Paul Lu ketika ditemui berkata lawatan dan penyampaian hamper kepada 50 orang pesakit di Hospital Bahagian Sri Aman terbabit diadakan bersempena dengan sambutan Hari Palang Merah Sedunia 2010 yang berlangsung di seluruh dunia pada hari ini.

“BSMM cabang Sri Aman mengambil kesempatan ini dengan melakukan amal kebajikan terhadap golongan yang amat memerlukan sifat keprihatinan daripada seluruh lapisan rakyat dalam daerah ini.

“Justeru diharap agar sumbangan berupa barangan makanan ini akan dapat menceriakan hati para penerima yang sedang menjalani rawatan di Hospital Bahagian Sri Aman pada masa sekarang,” katanya.

Selain itu beliau juga menyeru lebih ramai golongan belia untuk menyertai BSMM cabang Sri Aman demi menyemarakkan lagi tanggungjawab kebajikan terhadap rakyat dalam daerah Sri Aman selepas ini.

“Pihak kita aktif turun padang dan juga melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan kepada rakyat dalam daerah ini. Pembabitan belia dialu-alukan dalam BSMM sekiranya mereka mahu lebih banyak pengalaman bersama pihak kita di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Hospital Bahagian Sri Aman, Dr Hajah Hayati Ja’faar, Ketua Pengurusan Bencana BSMM cabang Sri Aman, Mas Mashore Haji Maslem, VAD Comandan BSMM cabang Sri Aman, Isaac Stalin dan ahli BSMM cabang Sri Aman yang lain.

BSMM cabang Sri Aman meluangkan masa selama satu jam untuk menyampaikan hamper dan beramah mesra dengan para pesakit di Hospital Bahagian Sri Aman bersempena dengan lawatan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment