Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 May, 2010

BSMM Sri Aman adakan derma darah hari ini (9 Mei, Ahad)

SRI AMAN, Sabtu (8 Mei) – Orang ramai dari seluruh kawasan Sri Aman dipelawa untuk menyertai Program Derma Darah anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman bertempat di Mini Stadium Sri Aman pada 9 Mei ini (hari ini).

Pengerusi pengelola Program Derma Darah BSMM cabang Sri Aman, Mas Mashore Haji Maslem ketika ditemui berkata kempen ini akan bermula di lokasi yang dinyatakan bermula dari jam 9 pagi hingga jam 2 petang.

“Program Derma Darah BSMM cabang Sri Aman ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Palang Merah Sedunia 2010 yang berlangsung serentak di seluruh dunia pada 8 Mei.

“Justeru menerusi kempen ini esok pihak kami mensasarkan penyertaan daripada 100 orang penduduk dari kawasan Sri Aman pada kempen berkenaan itu nanti,” menurut beliau ketika ditemui pada sesi lawatan ke Hospital Bahagian Sri Aman hari ini.

Kempen Derma Darah ini menurut Mashore secara tidak langsung akan membantu menambah bekalan darah di Tabung Darah Hospital Bahagian Sri Aman untuk kegunaan pesakit selepas ini.

Justeru beliau berharap agar orang ramai di kawasan Sri Aman membuktikan keprihatinan masing-masing terhadap golongan pesakit yang memerlukan bekalan darah menerusi kempen ini nanti.

“Turut berlangsung pada Kempen Derma Darah ini nanti adalah sesi pendaftaran keahlian BSMM bagi peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah dari sekitar daerah Sri Aman ini.

“Sesi pendaftaran yang akan berlangsung dari jam 8.30 pagi itu nanti akan melibatkan sejumlah 240 orang pelajar dari beberapa buah sekolah dalam kawasan daerah Sri Aman,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment