Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 May, 2010

Bank Rakyat 'kejutkan' jururawat poliklinik Sri Aman


Caption: SELAMAT HARI JURURAWAT... Zaitun (enam kiri), Matron Kunga, Matron Norada serta Azmil (tujuh kanan) ketika bersama kakitangan jururawat yang lain pada majlis berkenaan.
special thanks to Aznil Sulaiman
SRI AMAN, Khamis (13 Mei) – Bank Rakyat cawangan Sri Aman telah melakukan kejutan terhadap para kakitangan jururawat yang sedang melaksanakan tugas masing-masing di Poliklinik Sri Aman kelmarin.

Kejutan terbabit berupa hadiah sebanyak enam buah kek yang disumbangkan oleh pihak Bank Rakyat cawangan Sri Aman menerusi wakilnya iaitu Zaitun Abdul Wahab dan Aznil bin Sulaiman kepada kakitangan jururawat di poliklinik terbabit.

Beliau ketika ditemui Utusan Sarawak menjelaskan bahawa pihak Bank Rakyat cawangan Sri Aman telah menyumbangkan kesemua enam buah kek berkenaan bersempena dengan sambutan Hari Jururawat 2010.

“Jasa dan sumbangan golongan jururawat dalam melakukan kerja kemasyarakatan harus dihargai dan diraikan oleh semua pihak termasuk golongan masyarakat, kakitangan kerajaan dan swasta bersempena dengan Hari Jururawat 2010.

“Justeru bersempena dengan Hari Jururawat 2010 pihak kami telah bercadang melalukan kejutan dengan menghadiah sebanyak enam buah kek kepada pihak jururawat berkenaan,” katanya.

Aznil juga yakin bahawa sumbangan kek berkenaan juga dapat merapatkan lagi hubungan tali silaturahim di antara pihak Bank Rakyat cawangan Sri Aman dengan institusi perubatan khasnya Poliklinik Sri Aman selepas ini.

Sementara itu Matron Noraida ketika ditemui telah merakamkan penghargaan terhadap pihak Bank Rakyat cawangan Sri Aman kerana meraikan sambutan Hari Jururawat 2010 bersama kakitangan beliau kelmarin.

“Terima kasih kepada Bank Rakyat cawangan Sri Aman kerana menghargai sumbangan pihak kami (jururawat) selama ini. Saya yakin sumbangan ini secara tidak langsung akan mendorong pihak kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap masyarakat selepas ini,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment