Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 May, 2010

31 warga pendidik hadiri kursus kajian tindakan


Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta kursus sedang bergambar kenangan bersama Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Haji Abdul Rahman Haji Muhiyuddin (duduk tengah) ketika berlangsungnya kursus itu.

SRI AMAN, Selasa (4 Mei) - Seramai 31 orang warga pendidikan dari Bahagian Sri Aman melibatkan diri dalam Kursus Kajian Tindakan Untuk Guru Besar dan Pengetua Bahagian Sri Aman di sini baru-baru ini.

Empat daripada mereka adalah merupakan pengetua dari sekolah menengah sekitar daerah Sri Aman manakala 23 orang lagi pula adalah guru besar dari sekitar daerah ini dan Lubok Antu.

Manakala itu selebihnya empat orang lagi peserta Kursus Kajian Tindakan Untuk Guru Besar ini adalah merupakan Penolong Kanan 1 dari sekolah dalam kawasan daerah Sri Aman dan Lubok Antu.

Kursus yang berlangsung selama dua hari di Pusat Kegiatan Guru Sri Aman itu telah diselaras oleh Ismawi Majeni dari Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk membudayakan kajian tindakan di sekolah oleh pihak pentadbir kepada semua guru dari masa ke semasa.

“Kursus Kajian Tindakan Untuk Guru Besar dan Pengetua ini lebih tertumpu kepada aspek pengurusan dan akademik oleh semua guru di semua sekolah dalam kawasan daerah Sri Aman dan Lubok Antu.

“Justeru diharapkan agar para guru dapat mempertingkatkan prestasi akademik murid-murid ke tahap lebih cemerlang selepas ini demi mencapai matlamat pembangunan negara di masa akan datang,” katanya.

Kursus Kajian Tindakan Untuk Guru Besar dan Pengetua Bahagian Sri Aman ini telah dijayakan dengan sesi taklimat dan ceramah oleh pensyarah dari Institut Aminuddin Baki cawangan Sarawak iaitu Dr Shahri Abdul Rahman dan Dr Abang Hut Abang Engkeh.

Tamat.

No comments:

Post a Comment