Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 May, 2010

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2010


Sri Aman News dengan sukacitanya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Hari Gawai Dayak 2010 kepada semua rakan blog dan pelayar internet dari dalam dan luar negara.


Terima kasih kepada sokongan semua anda terhadap blog ini semenjak ia ditubuhkan pada Disember tahun 2008 dahulu. Penulis mintak maaf zahir batin kalau ada tersilap kata dan terlanjur tabiat selama ini.


See ya again on Jun 7.
Komen saudara Eddie " Di mana-mana pun aku sambut Gawai. Aku mahu pow rokok orang banyak-banyak menjelang Gawai.... uhuhuu,"

Sharonica juara Ratu Etnik Pesta Pantu 2010


Caption: ANGGUN...Johan pertandingan, Sharonica (tengah) sambil diapit oleh Zuriana (kiri) dan Dorothy (kanan) bergambar kenangan sebaik sahaja tamat pertandingan berkenaan.

PANTU, Ahad (30 Mei) – Tahun 2010 adalah merupakan tahun yang amat bermakna bagi Sharonnica anak Diliu, 19, apabila telah beliau dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Ratu Etnik Pesta Pantu 2010 di sini malam tadi.

Anak gadis kelahiran Kampung Kesindu, Simunjan itu yang pernah memperoleh kedudukan naib johan bagi Pertandingan Ratu Etnik Pesta Ikan Tapah 2009 adalah merupakan pelajar tahun 2 Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) di Kuantan, Pahang.

Kemenangan ini membolehkan Sharonnica membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300, selendang juara, piala kejuaraan dan mahkota Ratu Etnik 2010 bagi Pesta Pantu 2010.

Naib johan untuk Pertandingan Ratu Etnik Pesta Pantu 2010 ini pula telah disandang oleh juruhebah Bahagian Melayu, stesen RaSA FM atau Radio Televsiyen Malaysia (RTM) Sri Aman iaitu Zuriana Kedri dari Kampung Hulu, Sri Aman.

Zurianan yang memperagakan fesyen pakaian Orang Ulu ini telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 dan piala kedudukan naib juara pada pertandingan berkenaan.

Manakala itu kedudukan tempat ke-3 untuk Pertandingan Ratu Etnik Pesta Pantu 2010 ini pula diperolehi oleh Dorothy Jenny anak Langgung iaitu pelajar tingkatan 6 dari Taman Tiara, Sri Aman.

Beliau memperoleh hadiah berupa wang tunai bernilai RM150 beserta dengan piala pada pertandingan itu. Empat orang lagi peserta yang turut sama berentap dalam pertandingan itu ialah Norlida anak Moli, Nancy Nara Richie, Cinderela anak Baji dan Chrisna anak Ili.

Pertandingan Ratu Etnik yang diadakan bersempena dengan sambutan Pesta Pantu 2010 di Pekan Pantu dalam daerah kecil Pantu itu telah disaksikan oleh 500 orang penduduk dari kawasan berkenaan.

Hadir sama ialah Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Haji Mudin dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Pantu, SAO Edward Michael Duk.

Pertandingan Ratu Etnik turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian lagu oleh para artis rakaman Iban tempatan iaitu Maxwell Franklin Saran, James Jacob, Jocy Menti dan Lisa M.

Tamat.

Satu wilayah satu pesta - Masing


Caption: APA KHABAR? Masir sambil diapit oleh Snowdan (kiri sekali), Masir (belakang kiri) dan Shamshuddin (belakang) ketika bersalaman dengan para hadirin pada majlis berkenaan malam kelmarin.

PANTU, Ahad (30 Mei) – Setiap wilayah dalam negeri ini dicadang untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu temasya atau pesta demi memacu pembangunan ekonomi di kawasan berkenaan selepas ini.

Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing berkata penganjuran pesta di setiap wilayah dalam negeri ini juga secara tidak langsung akan mempromosi kawasan terbabit terhadap pengunjung luar pada masa akan datang.

“Di Mukah misalannya kita mempunyai Pesta Kaul begitu juga dengan penganjuran temasya di Kapit (Pesta Baleh), Sri Aman (Pesta Benak), Serian (Pesta Bidayuh) dan Betong (Pesta Ikan Buntal).

“Jika setiap wilayah mempunyai pesta seumpama ini maka saya yakin bahawa Sarawak akan cepat membangun dengan adanya pengenalan produk pelancongan seumpama itu dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Pantu 2010 bertempat di Pentas Kebudayaan, Pekan Pantu yang terletak kira-kira 56 kilometer dari pusat Bandar Sri Aman malam tadi.

Selain itu Masing juga yakin Ikan Tapah akan terus menjadi ikon utama Pekan Pantu walaupun pesta tersebut telah bertukar nama pada tahun ini kepada Pesta Pantu berbanding penganjuran kalinya pertama iaitu Pesta Ikan Tapah pada tahun lepas.

“Sebenarnya produk Ikan Tapah tetap menjadi intipati utama bagi sambutan Pesta Pantu tahun ini memandangkan penganjuran kali pertama dahulu telah menarik ramai kedatangan pengunjung yang mahu menyaksikan Ikan Tapah di sungai ini (Sungai Batang Strap).

“Bagaimanapun penjenamaan semula nama Pesta Ikan Tapah kepada Pesta Pantu akan memperkenalkan lagi kawasan Pekan Pantu terhadap pengunjung luar yang sekaligus mampu merancakkan lagi transformasi pembangunan dalam kawasan ini di masa akan datang,” katanya.

Justeru beliau meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat untuk menganjurkan Pesta Pantu ketika berlangsung musim Ikan Tapah di Sungai Batang Strap dalam bulan April pada setiap tahun selepas ini.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Haji Mudin dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Pantu, SAO Edward Michael Duk.

Majlis Perasmian Pesta Pantu 2010 malam tadi telah dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu oleh para artis rakaman Iban tempatan dan Pertandingan Ratu Etnik Pesta Pantu.

Tamat.f


Chop Thai Chiang derma piala kepada Sebangki Panjai


Caption: SELAMAT GAWAI DAYAK…Yong (tengah) ketika menyerahkan sumbangan bentuk Piala kepada Edwin (kanan) sambil disaksikan oleh Thomas (kiri) di pejabat Chop Thai Chiang hari ini.

SRI AMAN, Ahad (30 Mei ) - Syarikat penjualan peralatan binaan rumah, gas dan cat iaitu Chop Thai Chiang tampil memberi sumbangan berupa piala ke penduduk Rumah Jubang, Sebangki Panjai Lubok Antu untuk meriahkan lagi sambutan Hari Gawai Dayak 2010 ini.

Syarikat yang berpengkalan di Lot 1447 Jalan Pasir Panas ini menyumbangkan sebanyak sepuluh buah piala sebagai hadiah kepada pemenang yang menyertai pertandingan Kumang dan Keling Sbangki Panjai bersempena dengan sambutan Gawai Dayak 2010 pada tengah malam 31 Mei ini.

Dalam majlis ringkas itu pemilik syarikat Tay Choon Yong atau lebih dikenali sebagai ‘Ayong’ menyerahkan tajaan Piala kepada Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sbangki Panjai, Edwin Raoh sambil disaksikan Pengerusi Penganjur Pertandingan Kumang / Keling Encik Thomas Sumbang Jilom.

Menurut Thomas, pertandingan Keling dan Kumang ini khas untuk anak –anak penduduk rumah panjang Sbangki Panjai yang berusia 12 tahun ke bawah bagi kategori lelaki dan perempuan.

Katanya pertandingan ini akan diadakan pada malam 31 Mei ini sebelum upacara minum air ‘Pengayu’ dilakukan bersama –sama dengan penduduk Rumah Jubang di ruai Tuai Rumah itu sendiri.

Selain itu pihaknya kata Thomas juga telah membawa peralatan karoeke dari kawasan Sri Aman yang dimiliki oleh Lan bagi meriahkan lagi suasana Hari Gawai tahun ini.

“Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa dijangka akan berkunjung ke ke Sbangki Panjai pada 1 Jun ini untuk memeriahkan suasana sambutan Gawai di situ,” menurut beliau.

Tamat.



Siasat dulu sebelum serang guru - Jelaing


Caption: MANFAATKAN…Jelaing (tengah) ketika menyampaikan cek kepada Yang Dipertua PIBG Engkilili, Andrew Bugik Impang (dua kanan) sambil disaksikan oleh Dr Rayong (dua kiri).

ENGKILILI, Ahad (30 Mei) - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing anak Mersat menasihatkan ibu bapa agar jangan menerima bulat-bulat aduan atau dakwaan yang dikemukakan oleh anak-anak berkaitan dengan tindakan disiplin guru terhadap mereka.

Pihak ibu bapa sebaliknya kata beliau harus menyiasat terlebih dahulu dakwaan berkenaan dengan lebih terperinci untuk mempastikan kesahihan sumber aduan anak masing-masing berhubung perkara terbabit.

“Dengan bertindak demikian pihak ibubapa akan mengetahui sama ada aduan oleh anak-anak telah sengaja direka-reka sebelum ini demi melindungi kesalahan diri masing-masing ketika di sekolah.

“Jangan terus berang dan terus bertindak menyerang guru terbabit setelah menerima aduan yang diberi oleh anak tanpa menyiasat terlebih dulu aduan itu. Siasatan terlebih dahulu dengan menjumpai guru yang didakwa oleh anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Penangguhan Mesyuarat Perhimpunan Agung Persatuan IbuBapa dan Guru Sekolah Menengah Kerajaan Engkilili di Dewan Tiang Laju kelmarin.

Golongan ibu bapa juga diseru agar sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan daya saing anak-anak ketika menuntut ilmu pengetahuan di setiap sekolah-sekolah dalam negeri ini.

Ibu bapa katanya harus sedar akan betapa pentingnya peranan masing-masing untuk membantu mempertingkatkan prestasi akademik anak-anak bagi kebaikan masa depan hidup mereka selepas ini.

Terdahulu Jelaing telah menyampaikan cek bernilai RM20,000 kepada PIBG SMK Engkilili bagi membolehkan persatuan terbabit menjalankan pelbagaui aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa, Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Wilter Lamat Kiyai, Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Philip dan ketua kaum hadir sama pada majlis berkenaan.

Tamat.

Pertahankan Gagasan 1Malaysia - Isik




Caption:

1. KAMI JOHAN! Pasukan Biru muncul juara pertandingan sukaneka yang diadakan bersempena dengan Program 1 Malaysia bersama pemimpin di Betong kelmarin.

2. PENGHARGAAN...Isik (tengah) ketika menerima cenderamata penghargaan daripada pihak penganjur bersempena dengan program itu.

BETONG, Ahad (30 Mei) – Perlaksanaan Gagasan 1Malaysia harus dipertahankan oleh semua penduduk berbilang kaum dalam negeri ini dari masa ke semasa demikian menurut Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Isik anak Utau.

Menurut beliau Gagasan 1Malaysia telah membantu memperkukuhkan lagi hubungan penduduk berbilang kaum dalam negeri ini khasnya di Betong ke arah mewujudkan hubungan perpaduan yang lebih erat dikalangan mereka.

“Kita juga perlukan Gagasan 1Malaysia untuk menjayakan perlaksanaan projek pembangunan dalam negeri ini. Kemajuan tidak akan wujud tanpa adanya penyatuan penduduk menerusi gagasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program 1Malaysia Bersama Pemimpin anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Betong di Kompleks Sukan Betong kelmarin.

Selain itu Isik juga mahu semua penduduk berbilang kaum untuk terus bersatu di bawah Kerajaan Negeri yang diteraju oleh Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk kesinambungan masa depan pembangunan dalam negeri ini.

Beliau pada majlis itu telah mengumumkan kelulusan peruntukan bernilai RM5,000 untuk pelaksanaan program seumpama itu bagi tahun yang akan datang. Hadir sama ialah Pegawai JASA Betong Tony Malang anak Chabu dan Pegawai JASA Bukit Saban, Blacky Sanggat.

Terdahulu seramai 400 orang terlibat dalam aktiviti sukaneka yang diadakan bersempena dengan program hasil anjuran bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Hilir / Tengah Betong, Kampung Masjid / Passa Betong dan Ranting PBB Kampung Baru Hulu / Hilir Betong.

11 acara terbabit diperkenalkan menerusi sukaneka ini iaitu acara isi air dalam botol menggunakan span, pancing botol, lari bawa bola ping-pong menggunakan sudu, tiup belon sampai pecah, lari dalam guni berganti-ganti, bola sepak lelaki (berkain pelikat), tarik tali lelaki dan wanita, kuit, menganyam ketupat dan membuat kuih asli.

Pasukan Zon Biru yang dianggotai peserta Ranting Kampung Hilir / Tengah Betong muncul juara dalam sukaneka ini. Pasukan Zon Kuning dan Zon Merah masing-masing di tempat kedua dan ketiga pada majlis berkenaan.




Tamat.

Pesta Pantu berpontesi jadi produk pelancongan - Snowdan


Caption: UNTUK ALBUM...Snowdan (tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan khas dan peserta karaoke pada pertandingan itu.

PANTU, Sabtu (29 Mei) – Pesta Pantu 2010 berpotensi untuk dijadikan salah sebuah produk pelancongan terkemuka di negeri ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan.


Menurut beliau Pesta Pantu sememangnya boleh diangkat sebagai sebuah produk pelancongan terkemuka memandangkan kawasan Pantu sememangnya kaya dengan sumber ikan Tapah dan lain-lain sumber hidupan marin yang lain.

“Justeru atas sebab ini saya akan berusaha untuk menjadikan Pesta Pantu sebagai sebuah acara pelancongan terkemuka dalam Kalender Pelancongan Sarawak selepas ini,” kata ketika berucap merasmikan acara pertandingan karaoke bersempena dengan Pesta Pantu di Pentas Rakyat dalam Pekan Pantu malam tadi.


Selain itu penganjuran Pesta Pantu 2010 juga secara tidak langsung telah membolehkan kerajaan memberi fokus pembangunan di daerah kecil Pantu dalam jangka masa panjang nanti.


Dengan adanya fokus pembangunan ini, Pekan Pantu menurut beliau tidak lagi akan dianggap sebagai pekan sunyi sebaliknya menjadi sebuah pekan yang menjadi tumpuan orang ramai di masa akan datang.


“Lagipun kerajaan kini sedang membina jambatan merentangi sungai dari kawasan Pangkalan Pantu untuk menghubungkan penduduk luar bandar ke pekan ini disamping projek pembekalan elektrik luar bandar (RES) yang sedang dalam proses pembinaan.


“Saya menjangkakan sambutan Pesta Pantu akan menjadi lebih menarik pada tahun akan datang dengan adanya kemudahan yang sedang dibina oleh kerajaan pada masa sekarang,” katanya.


Beliau juga menambah sambutan Pesta Pantu 2010 telah memberi peluang kepada penduduk di kawasan Pantu untuk menceburi diri dalam bidang penjualan produk kraftangan dan sebagainya.


“Ini secara tidak langsung boleh membantu penduduk untuk belajar cara menjadi seorang usahawan atau peniaga. Jadi saya berharap agar penduduk di sini dapat memanfaatkan pengalaman beniaga yang mereka perolehi menerusi Pesta Pantu 2010,” katanya.


Hadir sama ialah wakil Pegawai Daerah Sri Aman, SAO Rickson Jauu, Pegawai Tadbir Daerah, Pejabat Daerah Kecil Pantu, Edward Michael Duk, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Terdahulu Bibi Zuriana Kedri telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Karaoke bersempena dengan Pesta Pantu 2010 menerusi persembahan lagu berjudul Idup Berambung Ngau Ai Mata.

Dengan kemenangan ini, Zuriana telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 dengan piala kemenangan. Tempat ke-2 pula dimenangi oleh Johnny Asmira (RM150 dan piala) manakala kedudukan tempat ke-3 pula dimenangi Bandi Ali (RM100 dan piala).

Seramai 20 peserta telah berentap dalam peringkat akhir Pertandingan Karaoke bersempena dengan Pesta Pantu 2010 yang disaksikan lebih daripada 300 orang penduduk di Pekan Pantu malam tadi.

Tamat.

Pesta Pantu 2010 meriah


Caption: SERONOK...Sebahagian daripada para pengunjung yang hadir bagi menyaksikan Pertandingan Karaoke sempena sambutan Pesta Pantu di sini kelmarin.

PANTU, Sabtu (29 Mei) – Ribuan orang pengunjung membanjiri kawasan Pekan Pantu, Sri Aman untuk menyaksikan pelbagai acara menarik yang berlangsung menerusi Pesta Pantu 2010 di situ kelmarin.


Rata-rata para pengunjung yang datang dari Serian, Betong dan Kuching kelihatan begitu ghairah untuk berhimpun di Pengkalan Pantu yang terletak tidak jauh dari kawasan penganjuran utama pesta untuk menyaksikan Pertandingan Menangkap Ikan dan Menjala Udang, Sukan Air dan Sukan Rakyat yang berlangsung di situ.


Manakala di kawasan Pekan Pantu pula para pengunjung berpeluang untuk mendapatkan pelbagai produk tempatan yang menarik disamping menikmati pelbagai juadah makanan dan minuman yang ditawarkan oleh peniaga di situ.


Malahan para pengunjung juga turut dihiburkan dengan peringkat saingan Pertandingan Karaoke yang merupakan salah satu acara Pentas Rakyat dan telah bermula pada jam 2 petang di situ kelmarin.


Disamping itu mereka juga akan turut dihiburkan dengan persembahan Nyanyian Penyanyi Jemputan Terkenal Iban, Melayu dan Cina dan Pertandingan Ratu Etnik Pesta Pantu 2010 yang juga akan berlangsung pada hari ini.


Seorang pengunjung iaitu James Langgang Jipon, 20, ketika ditemui hari ini menjelaskan bahawa penganjuran Pesta Pantu buat kali ke-2 yang diadakan di Pekan Pantu ini cukup menarik dan mengkagumkan.


“Tahniah kepada Pejabat Daerah Kecil Pantu dan Pejabat Daerah Sri Aman kerana telah berjaya menganjurkan pesta seperti itu di sini...acara yang dianjurkan cukup menarik dan saya cukup berpuashati dengannya,” kata beliau.

Pesta Pantu 2010 di Pekan Pantu yang telah bermula secara rasminya kelmarin hingga ia berakhir pada 30 Mei kelak telah menampilkan acara baru iaitu Larian Cross Country kelmarin.


Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing bakal merasmikan Pesta Pantu 2010 bertempat Pentas Rakyat Pantu pada malam ini (29 Mei). Pesta Pantu asalnya diberi nama Pesta Ikan Tapah yang dianjurkan di situ pada tahun lepas.

Tamat.


SK Muton meriahkan Majlis Pasca Gawai


Caption: ANGGUN...Para peserta Ratu Kebaya ketika menampilkan gaya masing-masing menerusi Majlis Pasca Gawai Dayak 2010 Peringkat Sekolah SK Muton baru-baru ini.

DEBAK, Sabtu (29 Mei) – Sekolah Kebangsaan (SK) Muton telah mengadakan beberapa aktiviti menarik bagi memeriahkan suasana sambutan Majlis Pasca Gawai Dayak 2010 Peringkat Sekolah bertempat di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Antara aktiviti berkenaan ialah Program Sukaneka Untuk Murid-Murid, Sukaneka Untuk Ibubapa, Majlis Makan Malam, Pertandingan Karaoke Untuk Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Muton dan Ratu Kebaya.

Majlis Pasca Gawai SK Muton ini dimulakan dengan Sukaneka untuk Murid-Murid pada waktu pagi sebelum acara diteruskan dengan sukaneka untuk PIBG pada waktu petang hari berkenaan.

Pada sebelah malam pula diadakan majlis makan malam yang membabitkan seramai 150 orang hadirin yang terdiri daripada para guru, kakitangan sokongan sekolah dan ibubapa murid sekolah terbabit.

Majlis Makan Malam itu dimeriahkan lagi Pertandingan Ratu kebaya yang menyaksikan Rendung anak Emparan muncul johan manakala Catherine Amoi anak Dawa dan Selimah anak Meling muncul pemenang tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan itu.

Sementara itu Pertandingan Karaoke pula menyaksikan Jenun muncul juara sambil diikuti oleh Chuat Siu dan Catherine yang menduduki tempat ke-2 dan tempat ke-3 bagi pertandingan ini

Guru Besar SK Muton, Jamali bin Seman telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang aktiviti yang diadakan bersempena dengan sambutan Majlis Pasca Gawai SK Muton ini.

Sambutan Pasca Gawai SK Muton ini diserikan lagi dengan pemberian hadiah kepada pemenang Teka Gula-gula dan Cabutan Tiket Bertuah pada malam berkenaan.

Tamat.

Hospital Betong terima kunjung Buddist Betong


Caption: IKHLAS...Own (kanan) sedang menyampaikan hamper kepada seorang jururawat ketika berlangsungnya majlis di Hospital Betong berkenaan.

BETONG, Sabtu (29 Mei) – Sambutan Hari Wesak 2010 di Betong menjadi hari yang amat bermakna untuk pesakit di Hospital Betong apabila mereka menerima sumbangan berupa hamper daripada pihak Persatuan Buddiest Betong kelmarin.

Persatuan Buddiest Betong yang diketuai oleh Own Chin Quin bersama 50 orang ahli persatuan berkenaan telah menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada 30 orang pesakit di hospital berkenaan.

“Majlis ini bukan sahaja diadakan bersempena dengan sambutan Perayaan Hari Wesak namun turut diadakan bersempena dengan sambutan Hari Gawai Dayak 2010 yang berlangsung pada 1 Jun ini.

“Saya selaku pengerusi merasa amat Persatuan Buddiest Betong bersyukur kerana menyampaikan sumbangan berbentuk hamper kepada semua pesakit dihospital ini pada hari ini,” katanya sambil menambah sumbangan berupa Ang Pow juga turut disampaikan kepada bayi yang baru lahir bermula pagi hingga tengah malam hari kelmarin.

Sumbangan ini kata beliau juga adalah merupakan sebagai salah satu aktiviti pihak persatuan untuk memperingati hari kelahiran Buddist yang jatuh pada tarikh berkenaan.

Justeru beliau berharap agar sumbangan berkenaan dapat menceriakan perasaan semua para pesakit di Hospital Betong demi memeriahkan lagi suasana sambutan kedua-dua perayaan berkenaan.

Terdahulu Persatuan Buddiest Betong merupakan pertubuhan yang bergiat aktif di Betong dalam melaksanakan aktiviti kebajikan untuk semua penduduk berbilang kaum dan agama di situ.

Persatuan berkenaan telah menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada para pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) disamping memperindahkan kawasan pusat kebajikan berkenaan dua hari lepas.

Tamat.

28 May, 2010

Bekas tentera bantu sebar dasar BN - Harden




Caption:

1.UNTUK ALBUM...Harden (duduk tengah) ketika bergambar kenangan dengan ahli penerima Pingat Jasa Malaysia di sini hari ini.

2. TAHNIAH...Harden sedang menyematkan Pingat Jasa Malaysa kepada Roland Demong Radin sambil disaksikan oleh Monday (kiri) dan Nalang (tengah) pada majlis itu.

SRI AMAN, Jumaat (28 Mei) – Pesara atau bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diseru untuk membantu Barisan Nasional (BN) bagi menyebar dasar pembangunan kerajaan kepada rakyat selepas ini kata Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Ini kerana pesara ATM menurut beliau merupakan kelompok individu yang disegani rakyat di atas sumbangan mereka dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara semenjak negara mengecapi kemerdekaan 53 tahun lepas.

“Bekas dan pesara ATM sebenarnya masih boleh menyumbang jasa mereka kepada negara dengan membantu menyebar dasar pembangunan kerajaan kepada semua rakyat lapisan kaum dalam negara ini khususnya di Sri Aman.

“Sumbangan bekas ATM seumpama ini secara tidak langsung akan dapat membantu kerajaan melaksanakan projek pembangunan untuk dengan penuh lancar di masa akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan 2010 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sri Aman di sebuah restoran tempatan dalam bandar Sri Aman hari ini.

Selain itu Harden juga menasihatkan bekas dan pesara ATM untuk mendaftarkan diri dalam PBTM di cawangan masing-masing bagi menentukan hala tuju hidup mereka selepas ini.

“Dengan mendaftarkan diri masing-masing dalam PBTM, kebajikan hidup pesara tentera akan sentiasa dijaga dan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar mereka yang belum berbuat demikian terus bertindak mendaftarkan diri masing-masing dalam PBTM selepas ini demi memperkuatkan lagi kesatuan terbabit di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak, Mejar Monday Juhid, wakil Yang Dipertua PBTM Bahagian Sarawak, Luang Bareng dan Lawrence Melaka, Pegawai Tadbir PBTM Bahagan Sarawak, , Garid Sunang, Ketua PBTM cawangan Sri Aman, Nalang Selingau.

Harden pada majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada PBTM cawangan Sri Aman manakala RM5,000 untuk PTBM Bahagian Negeri Sarawak.

PBTM cawangan Sri Aman kini mempunyai seramai 490 orang ahli seumur hidup. Persatuan terbabit juga dalam proses untuk menerima 85 orang ahli bekas tentera yang memohon untuk menyertai persatuan berkenaan.

Turut berlangsung pada majlis itu ialah penyampaian Pingat Jasa Malaysia kepada 10 orang penerima dan Kad Bekas Tentera kepada 13 orang bekas ATM dari kawasan Sri Aman.

Tamat.

27 May, 2010

Patuhi skim kawalan harga sempena Gawai - PPDNKK Sri Aman


Caption: SEDIA...Para kakitangan PPDNKK, pejabat kesihatan dan Majlis Daerah Sri Aman ketika sedang melakukan persediaan untuk memulakan operasi terbabit di Pasar Tamu Sri Aman hari ini

SRI AMAN, Khamis (27 Mei) – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) cawangan Sri Aman telah melancarkan operasi pemeriksaan Skim Kawalan Harga sempena musim Perayaan Hari Gawai Dayak 2010 di beberapa buah lokasi perniagaan runcit dalam bandar Sri Aman hari ini.

Operasi ini yang dianggotai oleh tujuh orang kakitangan PPDNKK cawangan Sri Aman ini telah diadakan secara bersama dengan empat orang kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman dan seorang kakitangan Majlis Daerah Sri Aman.

Seorang jurucakap PPDNKK cawangan Sri Aman ketika ditemui memberitahu operasi ini bertujuan untuk memastikan peniaga runcit mematuhi perlaksanaan Skim Kawalan Harga sempena musim Perayaan Hari Gawai Dayak 2010 yang berkuatkuasa mulai hari ini (27 Mei) hingga 2 Jun kelak.

“Pihak kementerian mahu semua peniaga runcit untuk mematuhi harga maksimum syiling bagi 12 barangan kawalan yang diperkenalkan menerusi Skim Kawalan Harga sempena musim Perayaan Hari Gawai Dayak 2010.

“Antara harga sekilogram bagi 12 barangan kawalan ini ialah Ayam Hidup (RM6.70), Ayam Standart (RM8), Ayam Super (RM8.80), Ayam Tua Hidup (RM8), Daging Lembu Tempatan (RM28), Daging Kerbau Tempatan (RM23), Daging Kambing Biri-Biri Import Bertulang (RM18), Daging Babi – San Chan (RM18) dan Daging Babi – Daging dan Lemak (RM17),” katanya.

Harga maksimum syiling bagi sebiji Telur Ayam jenis Gred A ialah 34 sen manakala harga maksimum syiling bagi sebiji Telur Ayam Gred B ialah 33 sen dan Telur Ayam Gred C pula ialah 32 sen.

Untuk itu para peniaga runcit di kawasan Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu diingatkan agar tidak menjual barangan terkawal ini melebihi harga maksimum syiling seperti mana yang telah dinyatakan di atas.


Para peniaga boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 hingga RM7,500 jika disabitkan bersalah dibawah Sekyen 5 Akta Kawalan Harga 1946 berhubung skim kawalan harga ini.


“Malahan tindakan juga akan diambil terhadap peniaga yang tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu (terhadap barangan kawalan), gagal mempamerkan lesen jualan barangan tersebut dan tidak meletakkan tanda harga pada barang kawalan terbabit.


Terdahulu pihak PPDNKK cawangan Sri Aman dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman dan Majlis Daerah Sri Aman telah memulakan operasi pemeriksaan mereka bermula jam 9 pagi hari ini bermula di Pasar Tamu Sri Aman.

Operasi pemeriksaan Skim Kawalan Harga sempena musim Perayaan Hari Gawai Dayak 2010 ini juga turut diadakan di Pasar Bulat dan beberapa buah premis perniagaan runcit dalam bandar ini.

Tamat.


Buat persiapan sebelum tanam getah - Shahrudin


Caption: TAHNIAH...Shahrudin (kanan) sedang menyampaikan sijil kepada seorang peserta (kiri) sambil disaksikan oleh Isaac (tengah), Warren (dua kiri) dan Donaldbain pada majlis itu.

SRI AMAN, Khamis (27 Mei) – Penduduk dinasihat untuk membuat perancangan awal sekiranya mahu melibatkan diri dalam aktiviti penanaman Getah secara mini atau menyeluruh selepas ini.

Pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA Bahagian Samarahan, Shahruddin Sabri berkata perancangan awal amat penting demi memastikan tanaman Getah mereka membuahkan hasil yang terbaik apabila mencapai peringkat umur ekonomik kelak.

“Perancangan lebih teliti perlu dilihat oleh bakal pekebun getah dari segi faktor penggunaan tanah, cara penyelanggaraan, sistem pembinaan parit, kesuburan tanah, keperluan asas getah dan sebagainya.

“Justeru bakal pekebun kecil getah perlu menguasai pengetahuan yang baik berhubung hal ini. Cara terbaik ialah mendapatkan nasihat daripada pihak RISDA sebelum memulakan aktiviti penanaman getah di tanah masing-masing,” katanya.

Shahrudin berkata demikian demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penutupan Rasmi Kursus Penyediaan Tanah dan Penanaman Getah RISDA bertempat di sebuah hotel tempatan dalam bandar Sri Aman hari ini.

Selain itu pihak RISDA kata Shahrudin juga menasihatkan para pekebun getah untuk mendapatkan pembeli yang mahu membeli hasil getah masing-masing dengan harga yang sewajarnya.

Pihak RISDA katanya mahu para pembeli datang dan tunduk dengan tawaran harga jualan getah oleh pekebun kecil dan bukannya tunduk terhadap harga getah yang ditawarkan oleh pembeli terbabit.

“RISDA tidak membeli hasil getah pekebun berkenaan sebaliknya membantu mereka untuk menjual getah masing-masing dengan harga yang sewajarnya daripada golongan pembeli.

“Ia merupakan usaha kita untuk mempertingkatkan ekonomi penduduk. Justeru diharap agar pekebun getah dapat memanfaatkan segala maklumat yang mereka peroleh daripada pihak RISDA di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pemaju Masyarakat RISDA Sri Aman, Isaac Stalic anak Simoi, Pemaju Masyarakat RISDA kawasan Panggil, Warren Sambu dan para kakitangan RISDA yang lain.

Ceramah kursus yang dikendalikan oleh Abdul Aziz Said, Rosli Sulaiman dan Ramzan Awang Mat bermula 24 Mei hingga 27 Mei ini telah melibatkan penyertaan seramai 34 orang penduduk dari Sri Aman, Sarikei dan Simunjan.

Kursus ini bertujuan untuk menambah pengetahuan terkini mengenai kaedah penanaman getah dikalangan para penduduk.

Tamat.


Dua syarikat bas disaman LPKP Sarawak - Hasbi


Caption: BUKTI...Resit menunjukkan pengguna bas ekpress dari Miri – Saratok telah dikenakan tambang sebanyak RM90 berbanding harga tetap iaitu RM72 bagi satu perjalanan.

SRI AMAN, Khamis (27 Mei) – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah bertindak menyaman dua buah syarikat bas ekspress dalam negeri ini kerana mengenakan harga tambang bas yang melebihi kadar harga dibenarkan oleh LPKP kelmarin.

Terdahulu isu mengenai perkara ini telah dibangkitkan dalam laman web sarawakupdate.com apabila seorang pengguna mendakwa telah dikenakan tambang sebanyak RM90 oleh sebuah syarikat bas ekspress tempatan berbanding harga yang dibenarkan oleh LPKP iaitu RM72 bagi satu trip perjalanan dari Sarikei ke Miri.

Pengguna dari Saratok itu juga turut mengemukakan resit bayaran kepada laman web berkenaan yang diberikan oleh syarikat bas terbabit sebagai bukti bahawa mereka telah dikenakan harga tambang melebihi kadar yang ditetapkan oleh LPKP berkuatkuasa 1 Mei lepas.

“Kedua-dua syarikat bas berkenaan telah disaman oleh LPKP kelmarin setelah bukti resit yang menunjukkan bahawa mereka telah mengenakan kadar tambang bas yang melebihi kadar ditetapkan oleh pihak kita.,” kata Pengerusi LPKP Sarawak, Hasbi Habibolllah ketika dihubungi hari ini.

Para petugas LPKP yang menyamar untuk menyiasat perkara ini katanya telah memperoleh bukti resit berkenaan menerusi urusniaga bayaran yang berlaku di dalam bas terbabit dan bukannya di kaunter pembayaran syarikat.

Untuk itu Hasbi memberi amaran kepada semua pengusaha syarikat bas ekspress dalam negeri ini agar tidak menaikkan tambang bas melebihi kadar harga yang telah ditetapkan oleh pihak LPKP.

“Pihak kita tidak akan teragak-agak menarik lesen operasi syarikat berkenaan sekiranya mereka berdegil berhubung isu ini. Justeru orang ramai diminta mengemukakan bukti resit bayaran tambang masing-masing jika mereka rasa ditipu oleh syarikat bas ekspress selepas ini,” katanya.

Bukti pembayaran resit ini kata Hasbi adalah amat penting agar pihak LPKP dapat melakukan siasatan lanjut terhadap mana-mana syarikat bas ekspress yang bertindak mengenakan tambang melebihi harga yang ditetapkan berkuatkuasa 1 Mei lepas.

“Syarikat bas ekpress tidak seharusnya menambah beban rakyat terutama sekali menjelang sambutan perayaan utama dalam negeri ini. Mengaut keuntungan dengan cara ini bukannya tindakan yang patut,” menurut beliau.

Tamat

PPD Betong anjur Majlis 3 Dalam 1


Caption: SELAMAT HARI GURU...Mahli (tengah) ketika memotong kek bersempena sambutan Majlis 3 Dalam 1 di PPD Betong kelmarin.

BETONG, Khamis (27 Mei) - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong telah mengadakan Majlis 3 Dalam 1 iaitu Sambutan Hari guru, Majlis Hari Jadi dan Majlis Perpisahan / Selamat datang. Yang berlangsung di Dewan 5S, Pejabat Pelajaran Daerah Betong kelmarin.

Sambutan yang ringkas tetapi penuh bermakna itu telah disambut dengan meriah oleh kakitangan PPD Betong dengan beberapa pengisian aktiviti diselit dalam majlis berkenaan.

Antaranya ialah bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Pegawai PPD Betong, Mahli Rosli, Koir Lagu Hari Guru, bacaan sajak, acara pemotong kek Hari Guru, penyampaian hadiah kepada kakitangan yang menyambut hari lahir dan juga kepada mereka yang bakal

Hajah Aiwan @ Noraini binti Haji Alli telah diberi penghormatan untuk menyampaikan sajak bertajuk Pesan Guru sebelum acara memotong kek dimulakan pada majlis berkenaan.

Majlis diteruskan dengan sambutan hari lahir untuk dua orang kakitangan PPD Betong sebelum Victor Grope yang bakal berpindah tugas ke ibupejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Kuching diraikan pada majlis berkenaan.


Beliau merupakan seorang Pembantu Akauntan di Unit Penilaian dan Peperiksaan PPD Betong yang telah memulakan tugas di situ semenjak tahun 2006. Tempat beliau akan di ganti oleh Siti Aminah Samsuddin yang berpindah dari Jabatan Akauntan Negara Kuching.


PPD Betong juga turut meraikan dua orang pelajar Politeknik Kuching, Nurul Jannah binti Suffian dan Fazidatul Husna Wan Zainal Abidin yang akan menamatkan latihan industri di situ pada 11 Jun ini semenjak 11 Januari lepas.


Tamat.


Jangan terlalu cepat mahu naik ke menara gading - Masing


Caption: PENGHARGAAN...Masing (tengah) ketika menerima cenderahati daripada Doris ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Rabu (26 Mei) – Wakil rakyat yang baru dari sesebuah parti politik dinasihat agar tidak terburu-buru sekiranya mahu mengejar jawatan tertinggi dalam parti masing-masing selepas ini.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Dr James Jemut Masing berkata ada wakil rakyat cuba melompat ke tingkat tertinggi dalam parti walaupun masih baru menyertai arena politik menerusi parti masing-masing sebelum ini.

“Ada di antara mereka yang cuba mendapatkan jawatan tertinggi sama ada dalam kabinet Kerajaan Negeri mahu pun jawatan tertinggi dalam parti masing-masing walaupun baru saja memasuki bidang politik.

“Tindakan sebegini sebenarnya tidak digalakkan dalam parti. Golongan terbabit seharusnya sepatutnya bersikap ‘gentle’ dengan memberi ruang kepada ahli politik yang lebih senior untuk memegang jawatan dalam parti atau kabinet kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Kesyukuran YB Senator Doris Sopia Brodie di Rumah Micheal John, Entebar, Batu Lintang, Undup, Sri Aman, baru-baru ini.

Dengan berbuat demikian, semua ahli politik termasuk wakil rakyat kata Masing secara tidak langsung akan menyumbang ke arah kestabilan dalam parti politik masing-masing dari masa ke semasa.

“Saya percaya peluang untuk menjadi pemimpin akan lebih lama jika mereka berbuat demikian. Jangan ’berlari pecut 100 meter’ untuk mendapat sesuatu impian sebaliknya berlarilah secara merentas untuk mencapai cita-cita berkenaan selepas ini,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan semua ahli PRS untuk menitikberatkan hubungan kerjasama dan perpaduan yang lebih erat dikalangan dri ereka demi melancarkan lagi proses pembangunan dalam negeri ini pada masa akan datang.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Wilayah dan Luar Bandar Datuk, Joseph Entulu Belaun, Menteri Muda Pelancongan dan Menteri Muda Pertanian (Penyelarasan dan Penyelidikan Mong anak Dagang, Ahli Parlimen Hulu Rejang Datuk Billy Abit Joo, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak, ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan, ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, Setiausaha Agung PRS, Wilfred Nissom, Senator Doris Sophia Brodie, ketua jabatan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.....

Tingkatkan perpaduan - Nyalau


Caption: RASMI...Nyalau (empat kiri) ketika memukol gong sebagai tanda perasmian itu sambil disaksikan oleh Mujah (tiga kiri) dan ketua kaum yang lain.

LUBOK ANTU, Rabu (26 Mei) - Masyarakat tempatan diseru agar terus mengekalkan semangat perpaduan di antara satu sama lain memandangkan perpaduan amat penting dalam memupuk sikap saling hormat-menghormati agama dan kebudayaan masyarakat berbilang kaum dalam negeri ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata melalui semangat perpaduan semua ahli masyarakat berbilang kaum dalam negeri ini dapat hidup dengan terus aman dan selamat daripada berlakunya sebarang pertelingkahan kaum seperti mana yang telah berlaku di beberapa buah negara sebelum ini.

“Jika masyarakat berbilang kaum tidak mampu mengekalkan semangat perpaduan yang sedia ada maka perkara yang bakal terjadi ialah pertelingkahan di antara penduduk berlainan kaum dan agama sehingga menyebabkan berlakunya peristiwa pertumpahan darah.

“Maka kita sebagai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum perlulah mengekalkan semangat perpaduan dikalangan diri masing-masing dengan kunjung-mengunjungi semasa perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baru dan Hari Gawai atau pun bersama-sama dengan mereka mengadakan perayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perayaan Menyambut Gawai Dayak 2010 Peringkat Daerah Lubok Antu di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu baru-baru ini..

Selain itu katanya, melalui aktiviti kunjung-mengunjungi yang dilakukan bersempena dengan hari perayaan utama di negara ini ia sekaligus dapat memupuk dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan yang lebih utuh di antara semua kaum.

Malah kata Nyalau, semua ahli masyarakat akan lebih memahami dan menghormati agama, kebudayaan serta identiti kaum-kaum masing-masing melalui aktiviti kunjung-mengunjungi semasa berlangsungnya perayaan utama di negara ini.

Justeru, Nyalau berharap agar masyarakat berbilang kaum di negeri ini mampu mengekalkan semangat perpaduan yang sentiasa terjalin di kalangan mereka dengan menghormati identiti kaum, agama dan kebudayaan masing-masing demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat di masa yang akan datang.

Hadir sama dalam majlis itu Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie, para kakitangan kerajaan dan ketua kaum dari sekitar kawasan Lubok Antu.


Tamat.....








SK Munggu Bringgin anjur program tingkatkan akademik pelajar


Caption: PENGHARGAAN... Andrew (kiri) sedang menyampaikan cenderahati kepada Joseph (kanan) sambil disaksikan oleh Isa (kiri sekali) dan Ului (kanan sekali) ketika berlangsungnya program berkenaan.

PANTU, Rabu (26 Mei) – Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringgin, Pantu telah mengadakan Program Perjumpaan Ibubapa dan Pelajar Bersama Pengetua Cemerlang SMK Sri Aman 2010 di dewan sekolah berkenaan kelmarin.

Program yang bertujuan untuk meningkatkan prestari murid-murid dari segi bidanga akademik ini telah melibatkan para ibubapa dan pelajar Tahap Dua (Tahun 4, 5, dan 6) dari sekolah itu sendiri.

Guru Besar SK Munggu Bringgin, Isa Reff menerusi ucapannya pada program itu berkata Program Perjumpaan Ibubapa dan Pelajar Bersama Pengetua Cemerlang SMK Sri Aman 2010 ini adalah berteraskan National Key Result Areas yang Ke-3 atau NKRA.

“Kita mahu memastikan anak-anak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan kerana rakyat Malaysia perlu berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di peringkat dunia pada masa akan datang.

“Justeru diharap agar program ini diharap dapat menjana minda ibubapa dan pelajar tentang betapa pentingnya ilmu dan pelajaran disamping memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan yang mereka perolehi menerusi program ini,” katanya.

Terdahulu penceramah program merangkap Pengetua Cemerlang SMK Sri Aman iaitu Joseph Junting Resa telah menekankan bahawa ibubapa tidak seharusnya menyandarkan tanggungjawab mendidik anak-anak terhadap para guru ketika mereka di sekolah.

Katanya ibubapa juga boleh memainkan peranan penting dalam menyumbang ke arah peningkatan prestasi akademik anak-anak ketika mereka berada di rumah untuk sepanjang masa.

“Malah saya juga menasihatkan para pelajar untuk sentiasa menanam kepercayaan dan kekentalan dalam diri masing-masing sekiranya mahu berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik selepas ini.

“Paling penting sekarang ialah ibubapa dan guru perlu memotivasikan anak-anak untuk berjaya dalam bidang akademik. Mereka adalah pelapis pembangunan negara dan kita haruslah berusaha gigih berhubung perkara berkenaan mulai sekarang,” katanya.

Program Perjumpaan Ibubapa dan Pelajar Bersama Pengetua Cemerlang SMK Sri Aman 2010 turut diselitkand engan tayangan filem pendek dan sesi dialog antara ibubapa bersama pihak penceramah dan pihak sekolah.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Munggu Bringgin, Andrew Sungut dan Penolong Kanan 1 SK Munggu Bringgin, Ului Anyi.

Tamat.

Golden United juara Bola Sepak 7 Sebelah


Caption: KAMI JUARA...Zaini (lima kanan) dan Harisson (dua kanan) ketika bergambar kenangan bersama pasukan Golden United sebaik sahaja selesai pertandingan terbabit.
- 26 Mei
- @ Edwin Raoh
Pasukan Golden United dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berjaya muncul juara bagi Pertandingan Bola Sepak 7-Sebelah 2010 yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Lubok Antu baru-baru ini.

Golden United muncul juara setelah berjaya menundukkan pasukan Pasek Plus F.C dengan jaringan gol 1-0 menerusi aksi final yang berlangsung di padang majlis berkenaan.

Manakala itu pasukan Merio FC pula muncul pemenang tempat ke-3 bagi Pertandingan Bola Sepak 7-Sebelah 2010 setelah berjaya menewaskan pasukan Borneo United yang menduduki tempat ke-4 pada pertandingan tersebut.

Exco Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Zaini anak Aji selaku mewakili Ahli Parlimen Lubok, William Nyalau anak Badak telah diberi penghormatan untuk menutup majlis kejohanan.

Beliau juga turut menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang Pertandingan Bola Sepak 7-Sebelah 2010 anjuran Kelab Rakan Muda Parlimen Lubok Antu.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan daripada Nyalau bernilai RM1,000 kepada Kelab Rakan Muda Parlimen Lubok Antu yang dipengerusikan oleh Harisson anak Bong Anggoi bagi memastikan kejohanan bola sepak terbabit berjalan lancar selepas ini.

Terdahulu sebanyak 15 buah pasukan dari sekitar daerah Lubok Antu mengambil bahagian dalam Pertandingan Bola Sepak 7-Sebelah 2010 yang berlangsung selama dua hari di Padang Majlis Daerah Lubok Antu berkenaan.

Tamat.

25 May, 2010

KPSU Go To School


Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta bergambar kenangan bersama tetamu undangan khas ketika berlangsungnya majlis penutupan program berkenaan.

SARATOK, Selasa (25 Mei) – Seramai 70 orang peserta mengambil bahagian dalam Program Kecergasan KPSU (Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi) Go To School 2010 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Saratok baru-baru ini.


Program yang berlangsung selama tiga hari itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teori dan praktikal mengenai penggunaan alatan senaman seperti Fitball, Step, Kipas, Kayu, Skipping Road dan Hulahop (Gelang besar).


Malahan para peserta juga diajar mengenai Senam Kenyalang selain diuji tentang cara penggunaan alatan tersebut dengan betul yang dikendalikan oleh Mardini, Salleh Annuar, Bibi dan Juadoq dari Persatuan Pendidikan Jasmani dan Reakreasi Sarawak(PPJRS) Bahagian Kuching.


“Program ini bertujuan untuk mewujudkan pendekatan dikalangan peserta ini iaitu guru- sekolah rendah dan menengah, pelajar dan ahli PIBG terhadap aktiviti kecergasan fizikal yang bervariasi kreatif serta mencabar minda para paserta.


“Ia juga merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menggalakkan budaya suka bersenam di kalangan warga sekolah dalam kawasan Bahagian Sri Aman dan Betong,” kata Pegawai Penguasa PPSU Bahagian Betong, Easkandar Nazim bin Haji Mohd Eastern.


Program ini katanya juga merupakan salah satu uasaha untuk memupuk minat suka bersenam disamping cuba mengubah persepsi di kalangan peserta yang menganggap bahawa bersenam adalah merupakan aktiviti yang sukar.


“Bersenam sebenarnya adalah merupakan aktiviti yang menyeronokan dan menyihatkan. Ia membolehkan setiap penduduk untuk mewujudkan daya kecergasan yang baik dalam diri masing-masing menerusi aktiviti bersenam.


“Justeru kami berharap agar Program Kecergasan KPSU Go To School 2010 dapat mengalakkan penyertaan lebih ramai penduduk dalam aktiviti bersenam pada masa akan datang,” katanya.


Program ini adalah merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri Sarawak, Bahagian Sukan dengan kerjasama PPSU Betong, PPSU Sarikei, PPSU Sri Aman, Pejabat Residen Bahagian Betong dan Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Betong.


Majlis penutupan rasmi telah di sempurnakan oleh wakil Pegawai Daerah Saratok Ranggin sambil disaksikan oleh Ketua Penyelaras Bahagian Sukan KPSU Sarawak, Haji Ibrahim bin Haji Kipli, Pegawai Penguasa PPSU Bahagian Betong, Easkandar Nazim Bin Haji Mohd Eastern dan para tetamu jemputan yang lain.


Tamat.


Sambutan Hari Belia Kampung Baru Hulu Betong meriah


Caption: JUARA...Juara pasangan bertandak kenangan Hayati dan Pengerusi JKKK Kampung Baru Hulu Betong iaitu Wan Boehana ketika berlangsungnya program berkenaan.


Saleman Senin

BETONG, Selasa (25 Mei) – Seramai 300 orang penduduk Kampung Baru Hulu Betong mengambil bahagian dalam sambutan Hari Belia Peringkat Kampung yang berlangsung di perkarangan Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong berkenaan bermula 22 hingga 23 Mei lepas,

Jurucakap penganjur ketika ditemui menjelaskan objektif utama Sambutan Hari Belia anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Baru Hulu Betong ini ialah untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan dikalangan penduduk kampung berkenaan.

“Bertemakan Ke Arah Mencapai Satu Gagasan ‘Satu Malaysia’, program ini juga merupakan satu aktiviti riadah yang telah dirancang oleh pihak kami dengan kerjasama ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Baru Hulu / Hilir Betong,” katanya.

Antara acara menarik yang diadakan sempena Hari Belia berkenaan adalah Senaman Kecergasan, Ceramah kesihatan, Pertandingan Bertandak, Pertandingan Mewarna untuk Kanak-Kanak Tadika dan Sekolah Rendah serta Mini Autoshow.

Pada hari pertama sambutan Hari Belia Peringkat Kampung ini Pegawai Zat Pemakanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Betong iaitu Encik Razali telah mengendalikan Ceramah Kesihatan mengenai 3K yang bermaksud Kepelbagaian, Keseimbangan dan Kesederhanaan untuk penduduk pada program berkenaan.

Pada sebelah malamnya pula Pertandingan Bertandak peringkat saringan telah diadakan dimana sembilan buah pasangan telah mengambil bahagian dalam pertandingan sempena Hari Belia itu.

Bagi sambutan hari kedua pula seramai 130 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Mewarna bagi Kanak-Kanak menerusi empat kategori yang dipertandingkan antaranya ialah Praskolah / Tadika, Tahun 1 dan 2, Tahun 3 dan 4, dan Tahun 5 dan 6.

Selain itu Kempen Derma Darah juga telah diadakan dimana sebanyak 37 pain darah telah diperolehi menerusi kempen terbabit. Program itu juga julungkalinya diadakan oleh JKKK Kampung Baru Hulu Betong.

Pada masa yang sama ‘Mini Autoshow’ juga diadakan bagi menjayakan program belia ini. Sebanyak 68 buah motosikal telah mengambil bahagian dalam Kategori Motorbike, Scooter, Display dan Motor Terkecil menerusi acara berkenaan.

Terdahulu Program Hari Belia di Kampung Baru Hulu Betong telah diserikan dengan kehadiran Penghulu Haji Abag Zawawie bin Abang Rajit dan wakil Residen Bahagian Betong iaitu SAO Hayati binti Sahari yang sama-sama menyaksikan acara berkenaan.

Tamat.

Ibubapa kunci Institusi Sosial


Caption: PENGHARGAAN...Nasir (kanan) sedang menyampaikan cenderamata kepada Dr Richard (tengah) ketika berlangsungnya majlis berkenaan di SMK Spaoh.

by Saleman Senin


SPAOH, Selasa (25 Mei) – Ibubapa merupakan kunci utama terhadap Institusi Sosial yang bertanggungjawab dalam perkembangan anak-anak dari masa ke semasa demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat.

Ini kerana ibubapa menurut beliau adalah merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak dalam membantu membentuk sifat jati diri yang cemerlang dalam tumbesaran masing-masing selepas itu.

“Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk hala tuju pendidikan anak-anak. Kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan anak-anak tercicir dalam pendidikan masing-masing di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dr Richard Rapu semasa merasmikan Penutupan Program Bicara Ilmu bersempena Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar bandar Sarawak 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh, Betong kelmarin.

Selain itu Lawson juga ibubapa perlu menguasai pelbagai kemahiran yang mampu diperolehi menerusi sesi pembacaan dan program keibubapaan disamping berkongsi pengalaman daripada golongan cerdik-pandai berhubung isu ini.

Justeru beliau berharap agar pihak ibubapa untuk lebih serius ketika memainkan peranan bagi memperkembangkan lagi institusi sosial dalam keluarga masing-masing demi kebaikan anak mereka selepas ini.

Terdahulu Program Bicara Ilmu bersempena Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar bandar Sarawak 2010 adalah merupakan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Betong dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar / Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA) dan Pejabat Residen Betong.

Program yang melibatkan kehadian seramai 768 penduduk ini adalah merupakan kesinambungan daripada Majlis Pelancaran Konvensyen Modal Insan Luar Bandar (KPLB) yang pernah diadakan sebelum ini.

Beberapa aktiviti lain turut diadakan termasuklah Expo Pendidikan dan kerjaya yang melibatkan 36 buah agensi seperti PTPL, Kolej Komuniti, Politeknik, UiTM, UNIMAS, ILP Yayasan Sarawak, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Kesihatan, Lembaga Tabung Haji, Baitulmal serta Pameran Buku.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Spaoh, Richard Ngabong, Pegawai Lembaga Kemajuan Bintulu, Awang Ali bin Pengiran Amin, dan Pengetua SMK Spaoh, Haji Ismail bin Haji Jaya.

Tamat.

Penubuhan Betong Culture Group pacu kebudayaan di Betong


Caption: UNTUK ALBUM...Easkandar (duduk dua kanan) bersama (dari kiri sekali) Imran, Faizal dan Ezzakiel ketika bergambar kenangan dengan ahli BCG terbabit.


BETONG, Isnin (BCG) - Seramai 33 orang aktivis seni dari pelbagai bidang kesenian telah telah menyertai penubuhan Betong Culture Group (BCG) bertempat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan baru-baru ini.


Aktivis seni yang menghadiri mesyuarat mengenai penubuhan BCG terbabit terdiri daripada golongan remaja belia, kakitangan kerajaan, ahli persatuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan penduduk kampung dari sekitar Bahagian Betong.


Pegawai Penguasa Pejabat Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (PPSU) Bahagian Betong, Easkandar Nazim Haji Mohd Eastern ketika ditemui berkata idea penubuhan BCG ini dihasilkan setelah melalui perbincangan bersama beliau dan Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel.


“Penubuhan BCG merupakan satu kita untuk mendekatkan para pengiat seni tempatan bagi mempelajari tentang kesenian serta budaya yang terdapat di negeri Sarawak khasnya di Bahagian Betong.


“Ia merupakan peluang terbaik untuk para seniman yang mahu menempatkan diri dalam bidang kesenian yang tidak terdapat di Bahagian Betong sebelum ini,” katanya sambil menambah bahawa mereka berpeluang untuk menimba ilmu, berkarya serta menonjolkan bakat terpendam masing-masing menerusi BCG ini.


Penubuhan BCG kata Nazim juga secara tidak langsung akan melahirkan melahirkan golongan generasi anak seni yang berpontensi tinggi serta berilmu dalam mengharungi arena kesenian sebaris dengan para pengiat seni dari luar kawasan Betong.


Kumpulan pengamal seni dan budaya menerusi BCG juga katanya boleh mempamerkan bakat mereka dalam program yang telah atau akan dilaksanakan oleh PPSU seperti kebudayaan, teater, nyanyian, permainan muzik tradisional serta moden, puisi dan pelbagai bidang kesenian yang lain.


“Mereka juga berpeluang untuk memilih lebih dari satu kategori bidang kesenian yang mereka minat menerusi program yang telah atau kita laksanakan kelak. Justeru kami berharap agar BCG mampu masyhur sebaris dengan lain-lain kumpulan telah lama mencipta nama di Sarawak selepas ini,” katanya.


Mesyuarat penubuhan BCG yang dipengerusikan oleh Nizam turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Residen Bahagian Betong, Ezakiel Lawat serta Jurutunjuk Tari PPSU Bahagian Betong, Faizal Othman.


Tamat.


Connie juara Pekit Kumang Lubok Antu 2010


Caption: CANTIK...Connie (tengah) sambil diapit oleh Julie (tiga kanan) dan Ayu (tiga kiri) ketika bersama Florine (kiri sekali) untuk bergambar kenangan sebaik sahaja selesai pertandingan itu.

LUBOK ANTU, Isnin (24 Mei) - Connie anak Abang telah dinobatkan sebagai juara Pekit Kumang 2010 bagi Peringkat Daerah Lubok Antu yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Lubok Antu pada hari Sabtu lepas.

Kemenangan ini membolehkan kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Lubok Antu berkenaan membawa pulang hadiah bernilai RM500 dan piala kejuaraan menerusi pertandingan berkenaan.

Naib juara Pekit Kumang 2010 bagi Peringkat Daerah Lubok Antu ini telah dimenangi oleh Julie anak Ganja yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM400 dan juga piala.

Manakala itu Ayu anak Robin pula muncul pemenang tempat ke-3 bagi Pekit Kumang 2010 bagi Peringkat Daerah Lubok Antu. Beliau menerusi pertandingan ini telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 dan piala.

Hadiah kepada para pemenang dan dua hadiah saguhati bernilai RM100 kepada dua orang peserta lagi telah disampaikan oleh Puan Florine iaitu isteri kepada Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Pekit Kumang 2010 bagi Peringkat Daerah Lubok Antu yang menyaksikan lima orang peserta berentap ini telah diadakan bersempena dengan Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2010 yang berlangsung di dewan berkenaan.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak pada malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 1,000 orang penduduk yang ingin menyaksikan pekit kumang berkenaan.

Tamat.

Wakil Rakyat BN umpama Angsa bertelur emas - Rayong


Caption: TERIMALAH...Dr Rayong (dua kiri) ketika menerima cenderamata daripada Tr Repong (kanan) pada majlis itu.

ENGKILILI, Isnin (24 Mei) – Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) adalah ibarat ‘angsa yang bertelurkan emas’ demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Ini kerana menerusi wakil rakyat BN kata beliau, rakyat di kawasan terbabit akan menerima pelbagai projek pembangunan yang sememangnya akan meningkatkan taraf hidup mereka selepas itu.

“Kerajaan berkemampuan menyalurkan sumber peruntukan pembangunan terhadap wakil rakyat di sesebuah kawasan itu selagi rakyatnya menyokong penuh BN dari masa ke semasa.

“Oleh sebab itu tindakan menolak wakil rakyat BN akan menimbulkan kerugian terhadap rakyat di kawasan itu sendiri. Akibatnya ialah mereka akan ketinggalan dari segi pembangunan berbanding rakyat di lain-lain yang sentiasa menyokong BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program 1Malaysia Bersama Pemimpin di Rumah Repong, Tebarong, Skrang dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak N.28 Engkilili kelmarin.

Selain itu Rayong juga meminta rakyat di Engkilili untuk terus menyokong Dasar Politik Pembangunan yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semenjak 30 tahun lepas.

“Dasar politik pembangunan telah berjaya mengubah wajah pembangunan di negeri Sarawak. Justeru rakyat khasnya di Engkilili harus sentiasa menyokong BN demi kesinambungan pembangunan selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dr Richard Rapu, Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203, Lubok Antu Geoffery Baja Ricky Maba, Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili, Edwin Ancheh, Pembantu Luar Kanan JASA N.29 Batang Ai, Lindalyn Kawi dan ketua kaum di sini.

Tamat....

Rumah Terbuka Gawai Sri Aman 3 Jun ini


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (tiga kiri), Masir (dua kiri) bersama Desmond (kiri sekali) dan Roselyn (dua kanan) ketika bergambar kenangan bersama pemenang Pekit Kumang malam kelmarin.

SRI AMAN, Isnin (24 Mei) – Penduduk berbilang kaum dalam kawasan Sri Aman dipelawa untuk memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2010 bagi Peringkat Parlimen P.202 Sri Aman dan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Simanggang pada 3 Jun ini nanti.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2010 ini nanti akan bermula dari jam 11 pagi hingga jam 2 petang di Mini Stadium Sri Aman pada tarikh yang dinyatakan.

“Ini merupakan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat dan saya untuk memeriahkan lagi suasana sambutan perayaan Gawai Dayak di kawasan Sri Aman untuk tahun ini pada 3 Jun kelak.

“Justeru orang ramai tanpa mengira etnik, agama dan umur dari sekitar kawasan Sri Aman dijemput hadir bagi memeriahkan suasana sambutan Rumah Terbuka Gawai Dayak di Mini Stadium Sri Aman ini nanti,” katanya.

Harden juga turut menjemput penduduk berbilang kaum dalam bandar Sri Aman untuk memeriahkan suasana sambutan Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediaman beliau dalam laluan Jalan Hollis Tini pada 1 Jun kelak.

Sementara itu Masir ketika ditemui berkata Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2010 pernah diadakan di kawasan Balai Ringin dan Bukit Begunan ketika sambutan Gawai Dayak bagi tahun sebelumnya.

Ini merupakan usaha pihak beliau untuk menyatu-padukan penduduk berbilang kaum dalam kawasan Parlimen P.202 Sri Aman sebagai sejajar dengan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri sebelum ini.

“Kita mahu semua penduduk berbilang kaum dalam kawasan Sri Aman terutama sekali Melayu, Cina dan Dayak untuk sama-sama menikmati kemeriahan sambutan perayaan Gawai Dayak di negeri ini.

“Justeru diharap agar semangat Gagasan 1Malaysia mampu diterapkan dalam diri setiap penduduk yang bakal hadir bagi memeriahkan suasana sambutan Rumah Terbuka Gawai Dayak ini nanti,” menurut beliau.

Terdahulu Harden dan Masir telah menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2010 anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman malam kelmarin.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan, Penasihat SIDS cawangan Sri Aman, Dora Landong, Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas, para pegawai kerajaan dan penduduk dalam bandar ini.

Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2010 yang bertemakan Besarakup Nuju 1Malaysia ini telah diserikan lagi dengan Pekit Kumang Gawai Dayak SIDS 2010, penyampaian wang insentif pendidikan, persembahan kebudayaan dan persembahan nyanyian karaoke.

Tamat.


Promosi Tupperware di Betong


Caption: FOKUS...Antara ahli Tupperware Sarawak yang hadir untuk mendengar ceramah mengenai produk terbabit kelmarin.

oleh Saleman Senin,

BETONG, Isnin (24 Mei) - Seramai 90 orang ahli Tupperware Sarawak menghadiri Program Demonstrasi Produk Tupperware untuk semua ahli dalam kawasan Betong bertempat di Dewan Jubli, Tapah Inn, Betong kelmarin.

Program khas daripada syarikat New Chara Enterprise Kuching yang dikendalikan oleh Senior Executive Director, Tupperware Sarawak iaitu Annie Chong bertujuan untuk memperkenalkan cara memasak secara sihat.

“Produk Tupperware telah wujud semenjak 64 tahun yang lalu di dunia manakala di negara kita ia telah wujud selama 45 tahun lepas sambil memperkenalkan lebih 200 jenis produk hingga ke masa sekarang.

“Untuk memperagakan produk Tupperware demi kesihatan yang berpanjangan, pihak kami kini akan memperkenalkan produk terbabit kepada media massa bermula awal bulan Jun tahun ini,” katanya.

Menerusi program jelajah Sarawak kata Annie, pihaknya telah memperkenalkan produk Tupperware jenis Steam It iaitu bekas memasak secara mengukus dan juga produk ‘Eco Bottle’ iaitu bekas yang diluluskan bagi tujuan simpanan air dalam peti ais.

“Justeru pihak kami berharap agar produk Tupperware jenis Steam It dan Eco Bottle ini mendapat sambutan daripada orang ramai khususnya dari kawasan Betong bagi tujuan hidup sihat di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu kesemua 90 orang ahli Tupperware Sarawak yang menghadiri Program Demonstrasi Produk Tupperware ini berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi memasak menggunakan produk Tupperware yang mudah dan ringkas.

Sesi Program Demonstrasi Produk Tupperware ini berakhir dengan semua ahli telah diberi cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada pihak New Chara Enterprise Kuching.

Tamat.

23 May, 2010

Final - candid Majlis Makan Malam Gawai Dayak SIDS Sri Aman

Patrick sedang menunjukkan posing istimewa untuk majalah wanita
Mark, Belia dan Sukan: "Ada orang jatuh dari pentas,"

Aweks 1 : "Mana? Mana?"

Aweks 2 : "Padan muka dia lah,"

Aweks 3 : "haha jatuh pentas nampak spender!"

Philip: "Walaupun umur aku sudah lebih 50 taun, aku masih sihat dan cergas,"
Makcik : "Yalah...jom kita cinta kasih."
Skandal?




Desmond: "Uncle aunty tak baik bergaduh..sekarang time happy,"

Makcik: "Ko nak aku cium ko ker?

Pakcik: "Ya...ko nak ker?"





Anggas jadi 'polis trafik'.






Aweksss: "Ermmmm,"
Salleh, Penerangan : "Hmmpfhh hmphhfff,"







Edwin, RTM: "Ok sekarang kita sedang ke udara untuk menyaksikan acara Tari Menari,"








Salleh, Penerangan: "Hohoho kepala saya sudah stim"
Sebastian, Perpaduan: "Wa pun heng juga gua cakap lu,"







Awekss: "Jangan la gambar bang...malu dong ah!"











YB Masir: "La la hey la la hey senang hati!"





YB Harden: "Ini lagu Gawai la,"





Desmond: "Makcik, ini lirik lagu kumpulan Green Day,"

Makcik: "Nyanyi jer lah dah orang bagi,"








Pemenang Miss World 2010 bergambar kenangan













,

Part VI - candid Majlis Makan Malam Gawai Dayak SIDS Sri Aman

Nama peserta : Debra Stel
Kedudukan: saguhati
Nama peserta: Shirley Churcill
Kedudukan: saguhati


Nama Peserta: Rachael Donny Stephen
Kedudukan: Saguhati
Nama peserta: Elisabeth Bedai Bill
Kedudukan: Juara




Nama peserta: Noreen Lachin
Kedudukan: saguhati


Nama peserta: Marilyn Malaya Jackaria
Kedudukan: Saguhati





Nama peserta: Rosella Anthony
Kedudukan: Naib juara






Nama peserta: Elizabert Eona Jaraw
Kedudukan: Tempat ke-3








Part V - candid Majlis Makan Malam Gawai Dayak SIDS Sri Aman

Stonton, RTM: "Yehhh!!!"
Penulis: "Gila apa?"
Para juri yang menghakimi 'perlawanan' pekit kumang

Hadirin 1 : " Plat no. 8 aku punya woi!"
Hadirin 2: "Depan tu aku punya tau...."
Hadirin 3 : "Dua-dua tu bini aku!"
Hadirin 4 : "Nenek ko tak ikut pekit kumang ker?


Edwin RTM: "Bapak bapak ibu ibu dan adik akak, undian penentu juara sudah mula dibuka sekarang untuk hadirin,"





Hadirin 1: "Depan tu bini aku!"
Hadirin 2 :"Banyak la ko, gf aku tu,"
Hadirin 3 : " korang kebas semua la abis cerita!"