Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 April, 2010

TYT rasmi Regatta Benak 30 April lalu
















Caption:

1. RASMI...Tun Salahuddin menyempurnakan upacara pelepasan dengan menembak pistol ketika berlangsungnya acara Regatta di Sungai Batang Lupar.

2. SABAR...Tun Salahuddin (kiri sekali) bersama dif-dif kehormat ketika sedang menunggu kedatangan pasukan yang berentap dalam kejohanan Regatta di Sungai Batang Lupar Sri Aman.

3. MERIAH....Para pengunjung sedang membanjiri kawasan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar untuk menyaksikan acara Regatta yang berlangsung di situ hari ini.

4. SIBUK...Sebahagian daripada petugas Pertandingan Regatta dan pasukan yang berenpat di Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (30 April) – Lebih 1,000 orang pengunjung membanjiri kawasan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar dan Taman Panorama Benak Sri Aman untuk menyaksikan Pertandingan Regatta yang bermula di Sungai Batang Lupar Sri Aman hari ini.

Pertandingan Regatta sempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 telah melabuhkan tirainya kelmarin bermula jam 8 pagi apabila berlangsungnya tiga buah acara menarik di Sungai Batang Lupar Sri Aman iaitu Lumba Perahu, Lumba Bot Laju dan Lumba Pam Ski 6 Kuasa Kuda.

Dalam pertandingan itu, perahu Anggah milik Musa bin Ili muncul juara untuk acara Lumba Enjin Pam 6 Kuasa Kuda (K.K) Ke Bawah bagi kategori Kejohanan manakala perahu Atika 1 (A) milik Mokthar Jalani dan Sunami 83 (B) milik Syahdan Mahidi masing-masing muncul pemenang tempat ke-2 dan ke-3 untuk kategori berkenaan.

Manakala itu perahu Brangan Satu milik Tambi anak Ampun muncul juara untuk acara Lumba Benak bagi Kategori Kejohanan manakala perahu Tiger P.B.1 milik Hajh Shah Rizal Bohari dan perau Bintang Jaya milik Asan anak Tabor pula muncul pemenang tempat ke-2 dan ke-3.

Sementara itu sebanyak 12 buah acara Regatta bagi Kategori Jabatan Kerajaan, Swasta, Kelab (Kategori I), Rumah Panjang, Pasar, Kampung (Kategori II) dan Terbuka (Terbuka III) telah berlangsung di Sungai Batang Lupar Sri Aman bermula jam 8 pagi hari ini bagi sambutan hari ke-3 Pesta Benak Sri Aman 2010.

12 acara berkenaan ialah Sakai 10 Lelaki (K.1) , Sakai 25 Lelaki (K.1) , Sakai 15 Lelaki (K.1 saringan A), Sakai 10 Perempuan (K.II) , Sakai 15 Lelaki (K.1 saringan B) , Sakai 10 Perempuan (K.1), Sakai 20 Lelaki (K.1), Sakai 20 Lelaki (K.1 saringan A), Sakai 20 Lelaki (K.1 saringan B), Sakai 10 Lelaki (K.II), Lumba Pecut 300 Meter Sakai 30 Lelaki (K.III), Melawan Arus Sakai 15 Perempuan (K.III) dan Melawan Arus Sakai 30 Lelaki (K.III).

Acara Regatta yang berlangsung pada hari ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bersama Toh Puan Hajah Norkiah pada jam 3.30 petang.

Kedatangan beliau telah diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, para wakil rakyat dan isteri-isteri menteri.

Tun Salahuddin kemudiannya telah menyempurnakan upacara pelepasan acara Regatta sebelum terus menyaksikan pelbagai acara yang berlangsung di sepanjang Sungai Batang Lupar berkenaan.

Setelah menyaksikan kedatangan Benak di Sungai Batang Lupar dengan ketinggian mencecah 6.3 meter pada jam 5.29 petang, Tun Salahuddin kemudiannya berangkat pulang ke Rumah Rehat Sri Aman setelah menyaksikan acara Regatta di situ.

Tamat.

No comments:

Post a Comment