Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 April, 2010

Tapah ikon Pantu


IKON PANTU...Nama Daerah Kecil Pantu, Sri Aman kian popular semenjak dianjurkan Pesta Ikan Tapah 2010 di situ pada tahun lepas. Untuk menjadikan Pantu kian dikenali oleh orang ramai menerusi penganjuran pesta berkenaan pada tahun lepas, kerajaan telah membina monumen berupa replika patung Ikan Tapah di persimpangan jalan masuk menuju ke simpang Pantu. Replika berkenaan dihiasi dengan lebih cantik apabila pagar dibina mengelilingi replika terbabit semenjak tiga minggu lepas bagi mengelakkan berlakunya kegiatan vandalisme terhadap pantung terbabit selepas ini. Tapah merupakan sejenis ikan air tawar yang mudah didapati secara bermusim di Sungai Batang Strap Pantu pada setiap tahun. - 17 April

No comments:

Post a Comment