Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 April, 2010

Tak ramai lelaki yang masuk U, Mong bimbang


Caption: SUDAH SEDIA? Mong (tengah) bersama Masir (kiri) dan tetamu undangan khas yang lain sebelum menyempurnakan upacara memalu gong bersempena perasmian majlis berkenaan malam tadi.

SRI AMAN, Ahad (4 April) – Kekurangan jumlah kaum lelaki yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berbanding dengan golongan kaum wanita pada masa sekarang harus dipandang sebagai satu isu yang cukup serius oleh semua pihak selepas ini.

Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Penyelerasan), Mong anak Dagang berkata rekod pertusan terkini menunjukkan bahawa kaum lelaki kurang ramai menuntut di mana-mana unversiti yang terdapat dalam negara ini jika dibandingkan dengan kaum wanita.

“Kerajaan melahirkan rasa bimbang berhubung isu ini kerana jika peratusan terbabit terus kekal maka akan wujud ketidakseimbangan di antara kaum lelaki dan wanita dari segi kemasukan mereka ke dalam mana-mana IPT sebelumnya.

“Isu ini harus dipandang serius oleh semua pihak terutamanya ibubapa. Mereka haruslah berusaha mulai sekarang untuk memotivasikan anak lelaki masing-masing untuk lebih kuat menuntut ilmu bagi tujuan tersebut di masa akan datang,” katanya.

Justeru beliau berharap agar kesemua pihak mencari jalan untuk mengenalpasti kelemahan yang wujud dikalangan kaum lelaki berhubung kegagalan mereka untuk menyaingi kaum wanita berhubung hal kemasukan ke IPT selepas ini.

Mong yang juga Menteri Muda Pelancongan dan Warisan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam JKKK dan Pelancaran Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Ulu Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu Mong menasihatkan semua penduduk dalam daerah untuk terus kelak bersama dengan pihak Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kelancaran projek pembangunan di kawasan masing-masing dari masa ke semasa.

“Sokongan teguh mereka ini terhadap kerajaan akan memberikan penduduk jaminan bagi menikmati segala faedah projek pembangunan daripada pihak kerajaan BN di masa akan datang.

“Ketepikan segala fitnah dan tohmahan yang pihak pembangkang lemparkan kepada anda selepas ini kerana mereka berbuat demikian hanya untuk kepentingan politik masing-masing,” katanya.

Mong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada JKKK Ran Ulu pada majlis berkenaan.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pengerusi SIDS Bahagian Sri Aman Roslind Abunawas, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu Geoffery Baja anak Ricky Maba dan ketua kaum di sini.

Tamat….











No comments:

Post a Comment