Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 April, 2010

Shamshuddin optimis Benak boleh jadi ikon Sarawak

Slug: ShamshuddinBenak 28.04.10
SRI AMAN, Rabu (28 April) – Pihak Pejabat Residen Bahagian Sri Aman yakin bahawa Benak di Sungai Batang Lupar telah menjadi ikon utama Bandar Sri Aman dikalangan penduduk tempatan dan orang luar dalam negeri ini.

Untuk itu Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji berkata pihaknya akan berusaha mulai sekarang untuk menjadikan Benak sebagai ikon utama negeri Sarawak terhadap penduduk luar negara di masa akan datang..

“Pihak kita akan mengalakkan para usahawan tempatan untuk menceburi diri dalam perniagaan restoran makanan dan minuman berkualiti tinggi, industri perkhidmatan serta industri penginapan terutama sekali pembukaan hotel bertaraf bintang di Bandar Sri Aman.

“Ia sebagai langkah awal oleh pihak kita untuk memantapkan Benak sebagai ikon utama Bandar Sri Aman sebelum ia diangkat menjadi ikon negeri Sarawak terhadap pelancongan asing selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pesta Benak dan Stesen Pemerhatian Benak serta Pelancaran Buku Bergambar Sri Aman Mansang Maju oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertempat di Stesen Pemerhatian Benak, Sri Aman hari ini.

Selain itu Shamshuddin juga menggesa semua penduduk untuk bersama-sama dengan kerajaan bagi menjayakan penganjuran Pesta Benak bagi mengalakkan kedatangan lebih ramai pengunjung di masa akan datang.

“Usaha ini secara tidak langsung akan mempercepatkan lagi proses kemajuan Bandar Sri Aman terutama sekali dari segi peningkatan status ekonomi dikalangan penduduk tempatan.

“Pesta Benak merupakan platform utama bagi kita untuk memajukan industri pelancongan dalam bandar ini. Justeru ia bergantung kepada kerjasama antara penduduk dan kerajaan untuk menjayakan usaha terbabit selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk hajah Rohani Abdul Karim, para Menteri Muda Kabinet Kerajaan Negeri, para Ahli Dewan Undangan Negeri, para pegawai kerajaan, ketua kaum dan penduduk dalam bandar ini.

Tamat.







No comments:

Post a Comment