Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 April, 2010

Risda adakan dialog dengan penduduk kampung


Caption: INGIN TAHU...Isaac (berdiri) sedang memberikan taklimat kepada penduduk pada sesi dialog di rumah Japing kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (10 April) – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA Sarawak telah mengadakan sesi Dialog Pekebun Getah di tiga buah rumah panjang dalam kawasan Sri Aman kelmarin.

Sesi Dialog Pekebun Getah anjuran RISDA Sarawak ini telah membabitkan kehadiran seramai 191 orang penduduk dari Rumah Japing Gema di Nyakai, Rumah Musih, Sungai Merah di Pantu dan Rumah Dery, Panggil Sri Aman.

Jurucakap penganjur dialog ketika ditemui memberitahu tujuan utama dialog ini diadakan adalah untuk memberitahu penduduk mengenai potensi ekonomi yang mampu diperoleh oleh penduduk menerusi projek penanaman getah.

“Menerusi dialoq ini penduduk yang terlibat juga telah didedahkan dengan empat jenis bantuan secara percuma yang ditawarkan oleh pihak RISDA kepada pemohon iaitu pekebun getah ini.

“Ia adalah Bantuan Tanaman Semula, Bantuan Peningkatan Produktiviti Getah, Bantuan Projek Prasarana dan Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan. Mereka yang layak memohon akan memperoleh bantuan ini,” katanya.

RISDA yang adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah katanya berharap agar penduduk terutamanya mereka yang berminat dalam projek penanaman getah untuk memohon bantuan tersebut selepas ini.

“RISDA menerusi sesi dialoq ini mahu membantu mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan pekebun kecil khususnya di penduduk setempat melalui bantuan-bnatuan RISDA tersebut.

“Dengan adanya bantuan percuma ini maka RISDA berharap agar taraf hidup ekonomi penduduk di kawasan luar bandar akan dapat dipertingkatkan menerusi projek pertanian komersial di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah adalah Ketua RISDA Bahagian Samarahan, Zainal, bakal Pemaju Masyarakat RISDA Sri Aman, Isaac Stalin anak Simon, Pembantu Pegawai Pertanian RISDA, Mohd Izuwan dan Mohd Nawfal,

Tamat.

No comments:

Post a Comment