Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 April, 2010

Program Mentor Mentor Mentee tingkatkan akademik murid - Razi


Caption: TERUSKAN USAHA...Razi (kanan) menyempurnakan proses penyerahan mentee kepada mentor yang diwakili oleh Rapaiee (kiri) ketika berlangsungnya program itu.

DEBAK, Selasa (7 April) – Kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik boleh dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi selepas ini dengan adanya usaha serius daripada pihak ibubapa dan guru untuk menjayakan perlaksanaan program Mentor Mentee di sekolah masing-masing.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Bandar, Mohammad Razi Sitam berkata usaha serius daripada pihak ibubapa dan guru adalah amat perlu memandangkan murid selaku Mentee dalam program ini perlu dipantau perkembangan proses akademiknya ketika berada di rumah dan di sekolah.

"Perlaksanaan program Mentor Mentee dilihat amat penting terhadap para murid yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Justeru pencapaian cemerlang menerusi UPSR 2010 dikalangan para murid selaku Mentee bergantung sepenuhnya terhadap usaha para guru dan ibubapa dalam menjayakan program Mentor Mentee selepas ini nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Mentee kepada Mentor SK Datuk Bandar Debak yang berlangsung di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Selain itu guru yang berperanan sebagai Mentor dalam program ini kata Razi hendaklah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap orang Mentee bagi setiap mata pelajaran di kelas disamping merancang, menyusun, membimbing dan memantau perkembangan pembelajaran mereka di bawah pengawasan masing-masing.

Manakala itu ibubapa pula menerusi program ini menurut beliau hendaklah sentiasa bertindak memantau perkembangan akademik anak-anak di rumah dengan menyemak segala kerja rumah mereka bagi membolehkan wujudnya keseimbangan di antara sesi pembelajaran di sekolah dan sesi pembelajaran dalam rumah mereka.

"Untuk itu saya menggesa ibu bapa dan guru agar sentiasa mengekalkan semangat kerjasama disamping mewujudkan semangat kekitaan di kalangan ahli-ahli PIBG demi membolehkan pihak sekolah mencapai kejayaan akademik yang amat membanggakan lebih-lebih lagi untuk UPSR 2010 menerusi perlaksanaan program Mentor Mentee ini nanti," katanya.

Sambil berharap agar pihak sekolah berupaya menghasilkan Mentee yang mencapai keputusan 5A atau atau sekurang-kurangnya lulus penuh 5C dalam semua mata pelajaran bagi UPSR tahun ini, beliau juga menjanjikan ganjaran kepada murid yang berjaya memperolehi 5A pada peperiksaan UPSR 2010.


Terdahulu menerusi majlis itu seramai 65 pasangan ibu bapa hadir bagi menyaksikan penyerahan anak masing-masing selaku Mentee kepada para guru yang dilantik sebagai Mentor bagi program berkenaan. Hadir sama untuk menyaksikan upacara berkenaan ialah Guru Besar SK Datuk Bandar Debak, Rapaiee Bulat, dan Penghulu Abang Kiprawi Abang Rukaili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment