Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 April, 2010

Program Jom Ronda (SRS) dilancar


Caption: GUNAKAN...Shamshuddin (kiri) menyampaikan alatan SRS kepada seorang peserta (kanan) sambil disaksikan oleh Yusli (tengah), Jusoh (dua kiri), Nizam (kanan sekali) dan Fadzly (kiri sekali).

SRI AMAN, Ahad (25 April) – Keselamatan penduduk dan harta benda milik masing-masing akan menjadi isu utama apabila Sri Aman muncul sebagai kawasan maju dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang demikian menurut Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji.

Sehubungan dengan itu kata beliau sudah tiba masanya bagi semua penduduk Sri Aman untuk melibatkan diri dalam hal ehwal penjagaan keselamatan komuniti masing-masing mulai sekarang.

"Penubuhan Program Jom Ronda (SRS) oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman dilihat sebagai satu langkah yang baik untuk mengalakkan penyertaan penduduk dalam mencegah aktiviti jenayah dalam kawasan masing-masing selepas ini.

"Ini bertepatan dengan matlamat utama Sri Aman yang bakal muncul sebagai kawasan maju dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang di mana kemajuan pesat ekonomi secara tidak langsung akan menimbulkan isu keselamatan penduduk selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program SRS Bahagian Sri Aman 2005 bertempat di Mini Stadium Sri Aman malam tadi.

Selain itu Shamshuddin juga mahu penduduk terus menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak polis bagi membolehkan Bandar Sri Aman muncul sebagai Bandar Pelancongan di masa akan datang.

"Untuk menjadi Bandar Sri Aman sebagai sebuah bandar yang maju dari segi kegiatan aktiviti ekonominya di masa akan datang, semua penduduk harus bersatu-hati bersama pihak polis untuk mengekang aktiviti jenayah dalam kawasan ini mulai sekarang.

"Justeru saya berharap agar penduduk yang melibatkan diri dalam Program SRS dapat melaksanakan kewajipan dengan penuh komitmen demi menjaga keselamatan penempatan masing-masing di masa akan datang," katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohammad Yusli Nasir, Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad, Ketua Polis Balai Sri Aman, Chief Inspector Mohammad Nizam Bujang dan wakil Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Sarjan Mohd Fadzil Ahmad.

Sejumlah enam SRS mengambil bahagian dalam program terbabit malam tadi antaranya ialah Stawang, Taman Norita, SRS Taman Harmoni Orkid, SRS RPR, SRS Lubok Antu dan SRS Sabu.

Antara acara yang berlangsung pada program itu adalah ceramah mengenai peranan dan tanggungjawab SRS dalam membantu pencegahan jenayah yang disampaikan DSP Jusoh dan ceramah mengenai rondaan dan tindakan SRS yang disampaikan oleh Chied Inspector Mohammad Nizam.

Tamat.

No comments:

Post a Comment