Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 April, 2010

PPD Betong dan PPD saratok anjur APC


Caption: TAHNIAH...Mahli (kiri) sedang menyampaikan sijil APC kepada Ngatiyem Fashar ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

BETONG, Khamis (29 April) – Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Peringkat PPD Betong dan PPD Saratok bagi Tahun 2010 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Alfred Jabu, SMK Saint Augustine Betong kelmarin.


Majlis yang disempurnakan oleh Pegawai PPD Betong, Mahli bin Rosli ini menyaksikan seramai 283 orang guru, kakitangan PPD dan kakitangan sekolah dari kawasan Betong dan Saratok menerima APC pada majlis berkenaan.

Daripada jumlah tersebut seramai tiga orang penerima adalah dari PPD Betong manakala seorang daripadanya pula adalah dari PPD Saratok. 94 orang penerima adalah bagi kategori Sekolah Kebangsaan di Daerah Betong
dan 91 orang lagi penerima adalah dari SK di Daerah Saratok.

Penyampaian APC kepada kesemua 283 orang penerima APC bagi tahun 2010 ini telah disampaikan sendiri oleh Mahli dan juga oleh Pegawai PPD Saratok iaitu Daud bin Mohamad.

Terdahulu Mahli menerusi ucapannya berkata kelayakan penerima APC ini bergantung kepada empat buah prinsip atau kriteria yang perlu dinilai oleh ketua di jabatan masing-masing.

Empat kriteria ini katanya ialah penghasilan kerja yang bermutu dan dapat memberi suatu yang baik serta dapat digunapakai, pengetahuan dan kemahiran tentang kerja serta bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi, kualiti dan peribadi yang baik ketika ditunjukkan dalam tugas seharian dan kegiatan serta sumbangan yang diberikan sepanjang tahun penilaian.

“Semua kriteria berkenaan perlulah di titikberatkan oleh semua ketua dalam menilai seseorang. Bagaimanapun saya berharap agar semua penerima tidak menganggap APC hanya sekadar pengiktirafan terhadap prestasi kerja masing-masing bagi tahun 2009,” kata berucap pada majlis itu,” katanya.

Para penerima kata Mahli sebaliknya haruslah menjadikan anugerah APC yang mereka terima sebagai penyuntik semangat untuk mempertingkatkan prestasi kerja masing-masing selepas ini.
Mereka menurut beliau perlu tahu niat yang betul dalam etika kerja disamping berkelakuan baik dan seterusnya menjadi penggerak ke arah kebaikan masa hadapan bidang akademik negara.

“Sijil tidak menjadi ukuran ketulinan kecemerlangan namun sebaliknya nilai dalam diri yang perlu diukur. Kita harus sentiasa memikirkan kecemerlangan ketika bertugas dan bukannya hanya sekadar untuk mendapatkan sijil APC,” menurut beliau.

Terdahulu penerima anugerah APC iaitu Penolong Pegawai Tadbir PPD Betong iaitu Ngatiyem Fashar ketika ditemui menjelaskan bahawa beliau berasa amat gembira setelah diberi peluang untuk menerima anugerah berkenaan.

Manakala seorang lagi penerima iaitu Ketua Unit, Unit Pengurusan Sekolah PPD Betong, Hajah Noraini Haji Alli berpendapat adalah menjadi tanggungjawab setiap penjawat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang kakitangan yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas seharian.

“Namun kerjasama daripada rakan sejawat amat diperlukan dalam melaksanakan kerja-kerja yang berkualiti. Anugerah ini adalah sebagai pendorong untuk saya terus maju dalam bidang-bidang yang diceburi selepas ini,” katanya.

Majlis yang dilangsungkan bermula jam 9.00 pagi itu turut dihadiri oleh Penolong Pegawai PPD Vevien anak Mujah dan Penolong Pegawai PPD Saratok, Bundak Sulaw.

Tamat.

No comments:

Post a Comment