Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 April, 2010

Pesta Bungin tukar nama jadi Pesta Saribas tahun 2012 nanti




Caption: TERIMA KASIH...Wahbi (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Bukhori (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.








Abang Daud Abang Jurnaidi,


IPD Betong



BETONG, Isnin (19 April) - Pesta Bungin yang sering diadakan di daerah Spaoh, Betong sebelum ini bakal dinaiktaraf kepada Pesta Saribas mulai tahun 2012 kelak demikian umum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi bin Junaidi.

Menurut beliau usaha naiktaraf pesta ini bertujuan untuk memperluaskan lagi skop sambutan Pesta Bungin bagi menarik penglibatan lebih ramai penduduk dari kawasan Kuching, Sri Aman. Sarikei dan Sibu dalam pesta itu di kawasan Saribas pada masa akan datang.

"Apabila Pesta Saribas diperkenal bagi menganti Pesta Bungin mulai tahun 2012 kelak ia secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan tahap pelancongan oleh orang luar ke kawasan Spaoh selepas ini.

"Pesta Saribas ini juga dianggap temasya yang amat besar selain sambutan Pesta Ikan Buntal di Kampung Manggut Spaoh. Justeru saya berharap usaha ini berjaya direalisasikan pada tahun 2012 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kesyukuran sempena kejayaan penganjuran Pesta Bungin 2010 bertempat di Dewan Pahlawan Tujuh, Kampung Bungin, Spaoh baru-baru ini.

Selain itu Pesta Saribas 2012 ini nanti kata Wahbi juga dijangka dapat memacu tahap ekonomi penduduk dan sekaligus menukar wajah pembangunan di dalam seluruh kawasan Saribas selepas ini.

"Paling penting semua penduduk dalam kawasan Saribas bersatu hati dan bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menjayakan penganjuran Pesta Saribas pada tahun 2012 kelak," katanya.

Wahbi pada majlis itu juga meminta penduduk dalam kawasan Saribas untuk terus bekerjasama dengan pihak polis demi keselamatan dan kesejahteraan hidup masing-masing selepas ini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Betong, DSP Mohd Bukhori Saffai, Ketua cawangan Khas Daerah Betong, ASP Henry Nyuhai, Ketua Trafik Daerah Betong, Inspektor Abdul Halim, Temenggung Haji Sulong, Penghulu Haji Sulaiman, dan Ketua Kampung Bungin, Haji Yakop Mat.

Sambutan Pesta Bungin, Spaoh di Tebingan Bungin bermula 12 hingga 14 April lalu telah dimeriahkan dengan acara Pertandingan Lumba Perahu Sakai 15, Sakai 20, Sakai 25 dan Sakai 30, Pertandingan Bolasepak, Pertandingan Menyumpit, Pertandingan Karaoke, pameran dan persembahan kugiran.

Pertandingan Lumba Perahu Sakai 15, Sakai 20, Sakai 25 dan Sakai 30 melibatkan penyertaan sejumlah 30 tuan perahu dan 39 buah perahu. Perahu Sri Raja Ular Ular Lidi milik Karim anak Lepoh telah dinobatkan sebagai Raja Air pada pertandingan itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment