Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 April, 2010

Pesta Benak mula 28 April - 2 Mei ini - Shamshuddin

SRI AMAN, Sabtu (10 April) - Pesta Benak Sri Aman 2010 akan kembali menemui penduduk dari seluruh negeri ini bermula 28 April hingga 2 Mei ini bertempat di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman.

Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin bin Abang Seruji berkata Pesta Benak Sri Aman 2010 yang akan berlangsung selama lima hari itu bakal diadakan bermula dari kawasan Tokong Cina sehinggalah ke kawasan Jabatan Peparitan dan Saliran Bahagian Sri Aman.

"Sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 kali ini dijangka bakal menelan kos mencecah setengah juta ringgit," katanya ketika ditemui pemberita setelah selesai merasmikan pembukaan Kedai G & G Budget Shop di Lot 190 Blok 3, Wisma Hock Lee Heng, Jalan Sri Aman / Kuching hari ini.

Untuk memeriahkan suasana sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 ini nanti, pihaknya menurut beliau telah pun merancang sejumlah 10 buah aktiviti terutamanya regatta bermula dari tarikh berlangsungnya temasya berkenaan iaitu 28 April hingga 2 Mei ini.

Kesemua 10 buah acara utama bagi memeriahkan suasana sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar ini nanti kata Shamshuddin akan diumumkan pada sidang media di Pejabat Residen Sri Aman pada 16 April ini nanti.

"Pihak kita akan menjemput beberapa orang menteri kabinet untuk hadir sama pada sidang media itu kelak. Pada sidang media itu nanti barulah pihak Pejabat Residen Bahagian Sri Aman akan mengumumkan semua butir mengenai aktiviti Pesta Benak Sri Aman ini nanti secara terperinci bagi tujuan hebahan pihak media," katanya.

Justeru beliau berharap agar Pesta Benak Sri Aman 2010 ini nanti akan kembali menarik kunjungan ribuan orang penduduk dari seluruh negeri Sarawak bermula dari tarikh yang telah dinyatakan di atas.

"Harapan kita ialah agar Pesta Benak Sri Aman 2010 ini nanti dapat mempromosi produk pelancongan alam semulajadi terhadap pengunjung disamping meningkatkan lagi tahap ekonomi dikalangan penduduk dalam bandar Sri Aman selepas ini.

"Pihak Pejabat Residen Sri Aman yakin semua aktiviti yang dirancang bagi Pesta Benak Sri Aman 2010 ini kelak bakal memberi manfaat kepada golongan pengiat seni, pengiat hiburan, pengiat pelancongan, pengiat sukan, pengiat kraftangan dan pengiat perusahan makanan dalam bandar ini," katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment