Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 April, 2010

Persiapan Bazaar Ria bermula


Caption: PERSEDIAAN...Para peniaga ketika sedang mendirikan gerai masing-masing menjelang sambutan Pesta Benak kelmarin.

SRI AMAN, Selasa (27 April) - Selain acara Regatta, aktiviti Bazaar Ria Benak juga sebenarnya tumpuan utama dikalangan para pengunjung yang bakal menyaksikan sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 dalam bandar ini bermula 28 April (hari ini) hingga 2 Mei kelak.

Ini kerana aktiviti Bazaar Ria Benak bakal menawarkan pelbagai produk menarik seperti pakaian, kraftangan, makanan dan minuman kepada semua pengunjung yang bakal membanjiri Bandar Sri Aman sempena Pesta Benak ini nanti.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak semenjak minggu lepas mendapati bahawa persiapan aktiviti Bazaar Ria Benak oleh para peniaga telah bermula pada lewat petang hari Sabtu lepas hingga ke hari ini.

Menariknya di sini ialah lokasi penganjuran aktiviti Bazaar Ria Benak bertambah 'luas' dengan penambahan lokasi baru iaitu di Jalan Astana dan sepanjang laluan jalan raya antara Pejabat Daerah Sri Aman dan Pasar Tamu.

Semestinya penganjuran aktiviti Bazaar Ria Benak sempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 ini dilihat lebih meriah dengan pengunjung menganggap diri mereka mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih atau membeli produk masing-masing pada waktu itu.

"Selama ini aktiviti gerai jualan beraneka (nama sebelumnya) sempena sambutan Pesta Benak yang dahulu hanya diadakan di kawasan Main Bazaar dan juga kawasan laluan kecil di Jalan Kapitan (hadapan Open Air Market).

"Tapi apa saya lihat hari ini ialah persiapan aktiviti Bazaar Ria Benak ini menjangkau hingga ke kawasan Pusat Pemerhatian Benak dan belakang Pasar Tamu Sri Aman. Ini sudah semestinya satu kelainan bagi sambutan Pesta Benak tahun ini," menurut Gilbert anak Meur, 34.

Bagi Usun, 18, aktiviti Bazaar Ria Benak juga bakal dimeriahkan lagi dengan aktiviti pameran oleh jabatan kerajaan dan agensi swasta dari seluruh kawasan ini menjelang sambutan Pesta Benak Sri Aman.

"Ini merupakan satu peluang yang amat baik untuk ibubapa yang membawa anak-anak ke aktiviti Bazaar Ria Benak ini nanti memandangkan mereka boleh menimba pengetahuan baru menerusi lawatan ke tapak aktiviti Bazaar Ria Benak kelak," katanya.

Beliau berpendapat adalah berbaloi untuk ibubapa yang membawa anak-anak pada sambutan Pesta Benak ini nanti untuk berkunjung ke aktiviti Bazaar Ria Benak bermula 28 April hingga 2 Mei kelak.

Terdahulu Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman, Jack Aman Luat berkata sejumlah 262 buah gerai akan memulakan operasi masing-masing pada aktiviti Bazaar Ria Benak (pameran agensi dan jualan beraneka) bersempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 bermula 28 April hingga 2 Mei nanti ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment