Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 April, 2010

Penunggang wanita patah kaki berlanggar dengan kereta

SRI AMAN, Khamis (8 April) - Seorang wanita mengalami kecederaan patah di bahagian paha kaki kiri apabila motorsikal yang ditunggang olehnya berlanggar dengan sebuah kenderaan di kawasan persimpangan jalan masuk menuju ke Stesen Perhentian Bas Sarawak Transport Company (STC) , Jalan Sri Aman / Kuching di Bandar Sri Aman malam tadi.

Seorang saksi kejadian memberitahu sebelum berlakunya kemalangan berkenaan, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke arah Temudok dari arah pusat Bandar Sri Aman setelah melaksanakan urusan peribadinya sekitar jam 7.15 malam.

Ketika mangsa menghampiri kawasan simpang jalan masuk menuju ke arah Stesen Perhentian Bas STC terbabit sebuah kenderaan Proton Saga berwarna putih yang datang dari arah kawasan Temudok dipercayai telah membelok masuk ke laluan jalan masuk Stesen Perhentian Bas STC berkenaan secara tiba-tiba.

Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya pertembungan di antara motorsikal mangsa dan kenderaan Proton Saga berwarna putih yang dipandu oleh seorang lelaki dalam bandar Sri Aman ini sehingga menyebabkan perempuan malang tersebut mengalami kecederaan patah di bahagian paha kaki kirinya.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian tersebut bertindak pantas melaporkan perkara ini kepada pihak Hospital Sri Aman dan pihak ambulan segera tiba untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang berada di tempat kejadian kemalangan berkenaan.

Kejadian kemalangan ini telah menimbulkan masalah kesesakan lalulintas dikalangan pengguna kenderaan yang ingin turut menyaksikan tapak kemalangan tersebut dari jarak dekat sehingga memaksa pihak polis untuk datang bagi mengawal lalulintas jalan raya di kawasan berkenaan.

Punca sebenar kejadian kemalangan yang membabitkan motorsikal dan kereta Proton Saga berwarna putih berkenaan bagaimanapun masih belum diketahui pada masa berita ini ditulis.

Tamat.







No comments:

Post a Comment