Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 April, 2010

Pembangunan sukar jika rakyat tak manfaat faedah - Simoi


Mugshot: HAJAH SIMOI HAJI PERI

SRI AMAN, Khamis (22 April) - Usaha pembangunan kerajaan akan sukar dicapai dengan berkesan sekiranya rakyat tidak memanfaatkan sepenuhnya segala peluang dan kemudahan pembangunan yang telah disediakan oleh kerajaan selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Peri berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Bertemu Rakyat bertempat di Rumah Assan, Temelan Ulu dekat Sri Aman kelmarin.

Rakyat katanya perlu berdikari untuk merebut segala peluang yang disediakan oleh kerajaan menerusi sektor perindustrian, perniagaan, Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) ), perladangan, pendidikan, pelancongan, perkhidmatan dan sebagainya.

"Selaras dengan pembangunan pesat yang melanda kita hari ini kerajaan telah sentiasa berusaha untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada semua lapisan rakyat dalam negeri ini menerusi pelbagai projek pembangunan yang sedia ada.

"Bagaimanapun matlamat pembangunan hidup rakyat akan sukar dicapai sekiranya mereka tidak merebut peluang yang ditawarkan oleh kerajaan menerusi pelbagai projek pembangunan terutama sekali ekonomi selepas ini," katanya.

Selain itu rakyat kata Simoi juga harus berupaya untuk menerima perubahan serta idea baru dengan mengubah cara pemikiran masing-masing demi pembangunan hidup di masa akan datang.

"Usaha meningkatkan 'Komunikasi Pembangunan' menjadi semakin penting dengan munculnya kehendak untuk membina rakyat berilmu dan berinformasi atau K-Society. Justeru kuasa berfikir rakyat dan kebolehan melakukan inovasi perlu diberi penekanan agar mereka mampu bersaing di masa akan datang," katanya.

Hadir ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA) DUN Lingga, Sulaiman Amut, Naib Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga, DSP (B) Nelson Jin Imam, Setiausaha PBB N.23 Lingga, Hasbi Su'ut, para ketua jabatan, dan ketua kaum dalam kawasna ini.

Simoi pada majlis itu telah menyampaikan geran benrilai RM10,000 kepada JKKK Temelan Ulu. Beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM 2,000 bagi tahun 2010 untuk JKKK berkenaan dan peruntukan RM1,000 untuk kegunaan sambutan Hari Gawai di situ.

Tamat.

No comments:

Post a Comment