Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2010

Orang Iban harus pandang positif pelan rumah panjang moden - Mong


Mugshot: MONG DAGANG

SRI AMAN, Selasa (6 April) – Penduduk dari kawasan luar bandar terutama kaum Iban harus memandang positif terhadap usaha kerajaan untuk memperkenalkan cadangan mengenai konsep pembangunan rumah panjang moden selepas ini kata Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong anak Dagang.

Terdahulu Menteri Perumahan dan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg kelmarin memberitahu kerajaan dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang Sarawak akan melaksana cadangan pembangunan rumah panjang moden ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

“Pada pendapat saya cadangan ini harus diterima secara positif oleh penduduk Iban. Ini kerana cadangan mengenai konsep pembangunan rumah panjang moden ini menawarkan banyak faedah kepada penduduk yang mahu melibatkan diri dalam konsep pembangunan berkenaan.

“Antaranya ialah tawaran ciri keselamatan yang lebih baik, pemberian surat hak milik tanah persendirian dan perlindungan insuran terhadap harta benda dan rumah milik pengguna itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Selain itu Mong juga yakin bahawa cadangan mengenai konsep pembangunan rumah panjang moden tidak akan menganggu perlaksanaan program Inap Desa (Homestay) oleh pihak kementerian pelancongan sebelum ini.

Ini kerana perlaksanan program Homestay kata beliau bukan sahaja tertumpu kepada tarikan pelancong untuk melihat keunikan sesebuah rumah panjang tradisional terbabit semata-mata.

“Konsep Homestay adalah luas. Homestay mencakupi pengenalan budaya, adat resam dan cara hidup sesebuah kaum di kampung atau rumah panjang berkenaan dan bukan hanya sekadar untuk menonjolkan keunikan rumah panjang itu sendiri.

“Bagi saya pengenalan cadangan pembangunan rumah panjang moden adalah cukup baik selagi ciri-ciri asli rumah panjang dan budaya serta adat resam penduduk itu terus kekal,” kata Mong.

Beliau turut menambah bahawa cadangan mengenai konsep pembangunan rumah panjang moden berkenaan adalah merupakan langkah penting untuk mewujudkan komuniti moden di kalangan penduduk Iban pada masa akan datang.

“Lagipun kebanyakkan rumah panjang penduduk Iban kini kian uzur dan tiada ciri-ciri keselamatan. Jika cadangan ini berjaya dilaksanakan kelak maka tiada sebabnya bagi mereka untuk menolak projek ini selagi mereka mampu,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment