Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 April, 2010

Notis peringatan Lembaga Sungai Sarawak sempena Pesta Benak

SRI AMAN, Khamis (22 April) - Laluan 'trafik' di Sungai Batang Lupar, Sri Aman dijangka akan sibuk dengan penganjuran acara Regatta dan Lumba Benak Berperahu sempena sambutan Pesta Benak Sri Aman dari 28 April hingga 2 Mei kelak.

Justeru Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSSS) menasihatkan para pemilik bot, kapal atau perahu untuk memperlahankan kelajuan pengangkutan air masing-masing di Sungai Batang Lupar Sri Aman bermula dari tarikh yang dinyatakan di atas.

"Nasihat ini ditujukan kepada pengguna kapal, perahu atau bot yang mungkin akan menghampiri kawasan Stesen Pemerhatian Benak dan kawasan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar ketika berlangsungnya Pesta Benak ini nanti.

"Pihak LSSS mahu pengguna pengangkutan air untuk lebih berhati-hati apabila menghampiri atau melalui kawasan ini kelak bagi memberi laluan terhadap penganjuran Regatta atau Lumba Benak Berperahu dari 28 April hingga 2 Mei ini nanti," kata kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Juragan kapal atau pengguna perahu juga kata LSSS perlu memperlahankan kelajuan pengangkutan masing-masing ketika melalui kawasan Stesyen Pemerhatian Benak hingga ke Ngee Thai Wharf, Sri Aman sepanjang berlangsungnya pesta ini nanti

Paling pentingnya di sini menurut mereka adalah dengan memberi sepenuh kerjasama terhadap pihak petugas Pesta Benak Sri Aman 2010 demi membolehkan kelancaran penganjuran aktiviti Regatta atau Lumba Benak Berperahu di situ kelak.

"Sebarang masalah dan kerumitan yang timbul amatlah dikesali. Kita mahu memastikan penduduk yang menggunakan perahu untuk sentiasa selamat ketika melalui kawasan berkenaan pada pesta ini nanti," katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment