Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 April, 2010

Kurangkan pengambilan gula - Harden


Caption: RASMI...Mong (tengah) menyempurnakan simbolik kempen kurangkan gula sambil disaksikan oleh Ahmad (kanan) dan Felicia (kiri) pada majlis itu kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (30 April) – Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sarawak untuk menerbitkan risalah dan bahan pendidikan kepenggunaan dalam bahasa tempatan selepas ini.

Katanya, penerbitan risalah atau bahan pendidikan dalam bahasa tempatan terutama sekali yang berkaitan dengan bahaya penggunaan gula adalah amat penting memandangkan wujudnya jurang komunikasi dikalangan penduduk dalam negeri ini.

“Demografi penduduk Bumi Kenyalang ini amat terhad berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Kemudahan infrastruktur yang terhad ditambahi pula dengan keunikan Sarawak yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan bahasa telah mewujudkan jurang komunikasi bagi penyampaian maklumat.

“Justeru ilmu dan maklumat mengenai isu ini perlu disampaikan kepada semua lapisan penduduk. Pihak KPDNKK perlu menerbitkan risalah atau bahan pendidikan mengenai isu ini dalam bahasa tempatan mula sekarang,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Pertanian (Penyelarasan dan Penyelidikan), Mong anak Dagang pada Majlis Perasmian Kempen Kurangkan Pengambilan Gula Peringkat Bahagian Sri Aman bertempat di Pentas Utama Pesta Benak Sri Aman 2010 kelmarin.

Selain itu pengambilan gula dikalangan penduduk Malaysia kata Harden adalah amat tinggi pada tahun lepas apabila penjualan gula untuk keperluan domestik negara mencecah 806,318 tan metrik setahun.

“Malahan kadar penggunaan gula dikalangan penduduk Sarawak mencecah angka yang mengejutkan semua pihak apabila sejumlah 66 tan metrik gula digunakan oleh penduduk kita dalam sehari.

“Justeru diharapkan agar penduduk negeri kita mengurangkan penggunaan gula mulai sekarang memandangkan penggunaan gula secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan diri kita sendiri selepas ini,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Pengarah PKDNKK Sarawak, Wan Ahmad Uzir Haji Wan Sulaiman, Timbalan Residen Sri Aman (Pembangunan Sosial), Felicia Tan, para kakitangan KPDNKK Sri Aman, pegawai kerajaan dan penduduk dalam negeri ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment