Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 April, 2010

Kuasai bahasa Inggeris - Walter Lamat




Caption:




KAMI JUARA...Pasukan SMK Sri Aman merakamkan gambar kenangan bersama guru pengiring mereka iaitu Ann Nuli sebaik sahaja tamat pertandingan hari ini.

Mugshot: NOORFAZIRA ALI...Pengerusi terbaik.

SRI AMAN, Jumaat (23 April) - Para pelajar perlu menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris demi membolehkan mereka bersaing dalam dunia pasaran kerja di masa akan datang kata Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai.

Tanpa mengenepikan penguasaan masing-masing terhadap Bahasa Melayu, para pelajar menurut beliau haruslah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama kedua demi kebaikan masa depan hidup mereka selepas ini.

"Para pelajar tidak akan mampu bersaing dengan mereka yang telah menguasai sepenuhnya Bahasa Inggeris dari segi soal mencari kerja terutama sekali pada peringkat global jika mereka tidak bertindak menguasai bahasa terbabit mulai sekarang," katanya.

Walter berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Forum Remaja 2010 Peringkat Daerah Sri Aman (Piala Pusingan TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak) bertempat di Dewam Raflessia, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang hari ini.

Selain itu beliau juga mahu semua pihak terutama sekali ibubapa dan guru untuk turun padang bagi menjayakan penganjuran program bercorak Bahasa Inggeris di sekolah masing-masing selepas ini.

"Sumbangan mereka secara tidak langsung akan mewujudkan golongan modal insan berkualiti yang berkemampuan dalam menguasai Bahasa Inggeris demi mendokong aspek pembangunan negara dari segala aspek di masa akan datang," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengetua SMKS, Haji Ibrahim Jamain, Pengerusi AJK Pertandingan Forum Remaja 2010, Engkamat Slapok, para guru, kakitangan sekolah dan pelajar dari sekolah terbabit.

Terdahulu Pasukan SMK Sri Aman muncul juara Pertandingan Forum Remaja 2010 Peringkat Daerah Sri Aman anjuran Kerajaan Negeri Sarawak, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) cawangan Sarawak dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

SMK Sri Aman yang dianggotai oleh Noorfariza Ali selaku pengerusi, Noor Asmida Boyang, Norrasahah Jamadi, Rozie Adenan dan Atiqah Mat Salleh itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, piala kejuaraan dan buku sumbangan DBP.

Manakala kedudukan naib juara pula disandang oleh pasukan SMK Engkilili yang dianggotai oleh Susan Jittai selaku pengerusi, Jelanie Liam, Alyster Illa Matan, Veronica Alan dan Natasha Achu. Pasukan berkenaan membawa pulang hadiah berupa piala naib juara dan buku hasil sumbangan DBP.

Pasukan tuan rumah iaitu SMK Simanggang pula menduduki tempat ke-3 dalam pertandingan ini. SMKS yang dianggotai oleh Dayang Nadia Abang Shahyan selaku pengerusi, Sharifah Noorfanizan Wan Mohd Arbi, Jenny Buyung dan Fyralina Dondon Ramsey membawa pulang hadiah berupa piala tempat ke-3 dan buku hasil sumbangan DBP.

Noorfazira Ali dari SMK Sri Aman telah dinobatkan sebagai pengerusi terbaik manakala Fyrallina Dondon anak Kamsay dari SMK Simanggang pula dinobatkan sebagai forumer terbaik pada pertandingan berkenaan.

Tiga buah lagi sekolah yang mendapat hadiah saguhati berupa sumbangan buku daripada DBP ialah SMK Lubok Antu, SMK Saint Luke dan SMK Melugu. Pasukan juara akan mewakili Daerah Sri Aman ke Pertandingan Forum Remaja 2010 Peringkat Negeri Sarawak pada 18 Mei ini.

Tamat.

1 comment: