Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 April, 2010

Kompeni Chop Thai Ching sponsor baju untuk lumba benak berperahu


Caption: KASI U PAKAI HA...Tay (kiri) menyampaikan tajaan baju kepada Jack (kanan) sambil disaksikan oleh Kanang (tengah) ketika berlangsungnya upacara ringkas terbabit hari ini.

SRI AMAN, Selasa (20 April) - Syarikat penjualan peralatan binaan rumah, gas dan cat iaitu Chop Thai Chiang telah tampil untuk menaja baju bagi kegunaan para peserta yang bakal mengambil bahagian dalam Pertandingan Lumba Benak Berperahu bersempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 dari 28 April hingga 2 Mei ini nanti.

Syarikat yang berpengkalan di Lot 1447 Jalan Pasir Panas ini menaja baju untuk kegunaan semua peserta dari 20 pasukan yang setakat ini telah mengesahkan penyertaan masing-masing dalam Pertandingan Lumba Benak Berperahu ini nanti.

Kesemua baju tajaan ini telah diserahkan oleh pemilik syarikat berkenaan iaitu Tay Choon Yong kepada Pengerusi Jawatankuasa Regatta Pesta Benak Sri Aman 2010, Jack Aman Luat sambil disaksikan oleh penerima Pingat Panglima Gagah Berani, Angkatan Tentera Malaysia iaitu Kanang anak Langkau menerusi upacara ringkas di bilik Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman petang hari ini.

Tay ketika ditemui pada majlis itu menjelaskan bahawa ini merupakan kali pertama syarikat Chop Thai Chiang menaja baju berjenama Trans Paint untuk kegunaan peserta Pertandingan Lumba Perahu Berpasukan bagi sambutan Pesta Benak tahun ini.

"Acara Lumba Benak Berperahu telah menjadi sebahagian daripada sejarah hidup penduduk di Sri Aman semenjak dari dahulu lagi dan atas sebab ini pihak saya telah bercadang untuk menaja baju untuk setiap pasukan yang berentap dalam pertandingan ini kelak.

"Sumbangan berupa tajaan baju ini merupakan tanda sokongan moral kita terhadap pihak kerajaan dalam menjayakan lagi Pertandingan Lumba Benak Berperahu yang diadakan bersempena sambutan Pesta Benak ini kelak," katanya.

Selain itu syarikat Chop Thai Chiang kata Tay juga pernah menaja produk gas untuk kegunaan sambutan Pesta Benak di Bandar Sri Aman sebelum tampil untuk menaja baju berjenama Trans Paint kali ini.

"Ini merupakan komitmen saya untuk menjayakan lagi sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010. Justeru diharap agar para peserta Pertandingan Lumba Benak Berperahu dapat mempamerkan semangat perjuangan yang tinggi pada sambutan Pesta Benak ini kelak," katanya.

Tamat.









No comments:

Post a Comment