Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 April, 2010

Kejohanan Futsal Bank Rakyat Sri Aman 2010 bermula!


Caption: BERENTAP...Para pemain kelihatan sedang berentap ketika bermula kejohanan berkenaan malam kelmarin.

- 24 April


Kejohanan Futsal Piala Bank Rakyat Sri Aman 2010 yang melabuhkan tirainya di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman menyaksikan sejumlah 18 buah pasukan berentap dalam perlawanan peringkat kumpulan bermula malam tadi (23 April).

Perlawanan peringkat kumpulan yang membabitkan sembilan buah pasukan dari Kumpulan A hingga Kumpulan E ini menyaksikan pasukan RMBSA menumbangkan pasukan JRASS'10 dengan jaringan gol 3-1 pada perlawanan pembukaan kejohanan itu.

Sambil disaksikan sekitar 100 orang penduduk dari bandar Sri Aman, perlawanan kedua kejohanan itu menyaksikan pasukan Pemuda PBB membelasah pasukan SJU Revolution dengan jaringan gol 6-0.

Sementara itu pasukan AY 17 dan Tiang Peringat telah berjaya mempamerkan rentak permainan yang cukup menarik ketika berlangsungnya perlawanan ketiga kejohanan berkenaan malam tadi.

Walaupun tamat dengan kesudahan seri 0-0, kedua-dua pasukan ini dilihat berjaya mempamerkan rentak permainan yang menarik perhatian 100 orang ponton yang hadir bagi menyaksikan permainan terbabit.

Perlawanan keempat kejohanan ini menyaksikan pasukan GOF FC terpaksa akur di tangan pasukan Medical Team setelah tewas dengan jaringan gol 2-0 manakala pasukan LAFA A pula hanya sekadar menang tipis ke atas pasukan LAFA B dengan jaringan gol 2-1 pada perlawanan kelima kejohanan ini.

Pasukan pilihan iaitu Zaimie 2010 telah membelasah pasukan KSS Lingga dengan jaringan gol 4-0 pada perlawanan keenam kejohanan ini manakala pasukan SESCO FC pula tewas tipis di tangan pasukan Petro Slug dengan jaringan gol 2-1 padal perlawanan ketujuh.

Perlawanan kelapan dalam kejohanan ini menyaksikan pasukan Twenty's membelasah pasukan Nang Baguz.com dengan jaringan gol 5-0 manakala pasukan Glaticos pula berjaya menundukkan cabaran pasukan Khusyaimi FC dengan jaringan gol 2-0 pada perlawanan kesembilan kejohanan ini.

Sebanyak 33 buah perlawanan berlangsung kelmarin (24 April) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman di mana kesemua 30 pasukan dari Kumpulan A hingga Kumpulan H berentap untuk memperoleh kedudukan juara dan naib juara dalam kumpulan masing-masing.

Pasukan juara dan naib juara dari setiap kumpulan ini akan berentap pada pusingan ke-2 perlawanan pada hari ini (Ahad, 25 April) bermula jam 8 pagi menentukan tempat ke perlawanan suku akhir, separuh akhir dan seterusnya ke perlawanan akhir pada jam 8 malam.

Tamat.

No comments:

Post a Comment