Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 April, 2010

Kejayaan projek jelapang padi bergantung sepenuhnya kepada rakyat


Mugshot: MONG DAGANG

LINGGA, Jumaat (9 April) – Kejayaan untuk membangunkan kawasan Bijat / Stumbin dan Banting / Lingga sebagai jelapang padi negara tidak bergantung sepenuhnya kepada peruntukan serta komitmen daripada kerajaan.


Sebaliknya sikap terbuka dan kesediaan penduduk dalam membantu kerajaan untuk membangunkan tanah seluas tiga ribu hektar bagi tujuan projek ini akan membolehkan impian itu tercapai pada masa akan datang.

Menteri Muda Pertanian (Penyelarasan dan Penyelidikan), Mong anak Dagang menyuarakan harapan ini kepada pemberita ketika selesai merasmikan Program Mesra Rakyat di Kampung Melayu Tanjung Bijat, Sri Aman kelmarin.

“Tanah merupakan isu yang sering menjadi tumpuan dan kadangkalanya menjadi halangan terhadap kerajaan yang ingin melaksanakan sesuatu program pembangunan di negeri ini.

“Kejayaan perlaksanaan projek jelapang padi negara di Bijat / Stumbin dan Banting / Lingga misalannya bergantung penuh kepada minda penduduk yang terlibat dalam projek ini. Jika mereka gemar menghangatkan isu tanah maka projek terbabit akan gagal,” katanya.

Walau bagaimanapun Mong melihat pemikiran rakyat Sarawak sudah banyak berubah pada masa sekarang khasnya yang bersangkut-paut dengan isu pembangunan tanah di kawasan masing-masing.

“Minda penduduk sekarang berhubung isu ini sudah banyak berubah mereka berdasarkan kepada sikap masing-masing dalam menerima semua dasar pembangunan oleh kerajaan.

“Oleh itu saya yakin projek jelapang padi ini akan dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang seterusnya dapat memberi banyak manfaat penduduk di kawasan Lingga.

Ini termasuklah peningkatan kemudahan infrastruktur serta taraf ekonomi rakyat. Terdahulu dalam ucapannya Mong mahu rakyat meneruskan sokongan mereka kepada kerajaan demi untuk mencapai pembangunan yang lebih mapan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment