Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 April, 2010

Kedai G & G Budget Shop offer pakaian branded pada harga murah




Caption:

1.RASMI...Shamshuddin (tengah) sedang membuka tirai plak sebagai simbolik perasmian kedai G & G Budget Shop sambil disaksikan oleh Roni (kanan) dan isteri beliau, Cathy (kiri) pada majlis itu.

2.MENARIK...Kedai G & G Budget Shop menawarkan pelbagai pakaian berjenama yang menarik dengan harga berpatutan kepada penduduk dalam bandar ini.

SRI AMAN, Sabtu (10 April) – Pembukaan kedai menjual pakaian berjenama memang agak biasa didengar oleh semua penduduk dalam Bandar Sri Aman ini.

Namun seorang peniaga Bumiputera, Roni anak Joe Akang telah bertindak berani untuk membuka sebuah kedai menjual pakaian berjenama dengan bajet yang berpatutan dalam bandar ini semenjak tiga minggu lepas.

Terletak di Lot 190 Blok 3, Wisma Hock Lee Heng, Jalan Sri Aman / Kuching, kedai yang diberi nama G & G Budget Shop ini sememangnya menawarkan pelbagai pakaian menarik yang berjenama dan mampu dibeli semua penduduk dalam bandar ini.

“G & G Budget Shop menawarkan pelbagai pakaian dan seluar berjenama seperti Nike, Adidas, Polo dan beberapa pakaian berjenama dari negara Jepun kepada semua golongan penduduk dalam bandar ini.

“Kesemua pakaian, seluar dan baju kot yang ditawarkan dalam kedai G & G Budget Shop ini boleh dibeli oleh penduduk dengan harga di antara RM40, RM20 dan RM15 ke bawah,” katanya.

Selain itu pembukaan kedai G & G Budget Shop ini kata Roni telah dilakukan apabila isterinya Cathy anak Tagok memberikan cadangan idea kepada beliau untuk menjual pakaian berjenama dengan harga murah kepada penduduk dalam bandar ini.

Pembukaan kedai G & G Budget Shop kata beliau merupakan satu pendekatan yang ditawarkan olehnya kepada semua penduduk yang mahu membeli pakaian dengan harga berpatutan ketika negara dilanda kegawatan ekonomi pada masa sekarang.

“Kedai G & G Budget Shop mendapat sambutan memberangsangkan daripada penduduk semenjak ia dibuka tiga minggu lepas. Justeru sekiranya tiada aral melintang saya akan membuka cawangan baru G & G Budget Shop di pusat Bandar Sri Aman selepas ini,” katanya.

Majlis perasmian kedai G & G Budget Shop ini telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin bin Abang Seruji pada tengahari hari ini yang seterusnya meninjau dan menikmati jamuan makan tengahari di premis berkenaan.

Kedai G & G Budget Shop merupakan kedai pertama milik penduduk Bumiputera yang menjual pakaian berjenama dengan harga berpatutan kepada semua penduduk dalam Bandar ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment