Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 April, 2010

Jogathon Kampung Muhibbah meriah.


Caption: TAHNIAH...Shamshuddin (kanan) sedang menyampaikan hadiah kepada peserta sambil disaksikan oleh Yusli (kanan sekali) dan Latifah (kiri beliau) pada majlis berkenaan.

SRI AMAN, Jumaat (23 April) - Seramai 80 orang penduduk mengambil bahagian dalam acara Jogathon 2010 yang berlangsung di perkarangan Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah, Sri Aman baru-baru ini.

Acara Jogathon 2010 yang julungkalinya dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Muhibbah terbabit menyaksikan enam buah kategori dipertandingkan dalam acara yang meliputi jarak larian sejauh satu kilometer berkenaan.

Enam kategori yang dipertandingkan dalam acara Jogathon 2010 ini ialah Kategori Kanak-Kanak Tahun 1 hingga 3, Remaja Lelaki 18 Tahun Keatas, Remaja Perempuan 18 Tahun Keatas, Usia Emas Lelaki dan Usia Emas Wanita.

Kategori Kanak-Kanak Tahun 1 hingga 3 menyaksikan Mohd Shaffie muncul juara sambil diikuti oleh Mohd Isa Ramli dan Falzwani Adni yang memperoleh kedudukan naib juara dan pemenang tempat ke-3 bagi kategori berkenaan.

Manakala itu Azlina Ityati Ismail pula muncul juara bagi Remaja Perempuan 18 Tahun Keatas manakala Siti Kamalia dan Dayang Nurkhairunsia Abang pula masing-masing memperoleh kedudukan naib juara dan pemenang tempat ke-3 bagi kategori tersebut.

Saingan bagi Kategori Remaja Lelaki 18 Tahun Keatas menyaksikan Saifulnizam Kadir muncul juara sambil diikuti oleh Abang Nur Sadri Asri dan Sahak bin Ahmad yang memperoleh kedudukan naib juara dan pemenang tempat ke-3 bagi ketegori itu.

Manakala Adeni Jemari pula muncul juara bagi Kategori Usia Emas Lelaki sambil diikuti oleh Mohd bin Mantali sebagai naib juara dan Mas Mashore Haji Maslem di tempat ke-3. Mantali bin Yusof yang berusia 71 tahun pada tahun ini turut dinobatkan sebagai peserta lelaki tertua bagi acara jogathon ini.

Kategori Usia Emas Wanita pula menyaksikan Rogayah Hamdan muncul juara sambil diikuti oleh Dayang Uteh Haji Yassin dan Rosnah Abang Supian yang memperoleh kedudukan naib juara dan pemenang tempat ke-3 bagi kategori itu. Hajah Saodah dinobatkan sebagai peserta prempuan tertua bagi acara jogathon ini.

Upacara penyampaian hadiah dan perasmian acara Jogathon 2010 di Masjid Darul Syakirin terbabit telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman iaitu Abang Shamshuddin Abang Seruji.

Hadir sama ialah Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohd Yusli Nasir, Pengerusi KRT Kampung Muhibbah, Latifah Mantali dan timbalannya Ramli Abu Sera, Pengerusi AJK Pengurusan Masjid Darul Syakirin, Haji Ahmad Yak, Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim.

tamat.



No comments:

Post a Comment