Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 April, 2010

Jangan politikkan agama - Nyalau


Caption: MANFAATKAN...Nyalau (kiri) menyampaikan cek kepada Kanselor Gerang Jubin (kanan) sambil disaksikan oleh Rayong (dua kiri) pada majlis itu.

ENGKILILI, Selasa (14 April) - Penduduk dinasihat agar tidak membabitkan agama dalam mana-mana isu politik di kawasan masing-masing demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.


Ini kerana agama merupakan perkara sensitif dan boleh memporak-porandakan hidup penduduk sekiranya ia sengaja dimainkan sebagai satu isu untuk tujuan politik oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab selepas ini.

"Jangan campurkan kedua-dua (politik dan agama) perkara ini untuk tujuan peribadi masing-masing kerana kesannya sangat besar sehingga boleh mewujudkan persengketaan antara penganut agama serta kaum dalam negeri ini jika disalahguna.

"Amalkan langkah politik yang sihat. Jangan terlalu tamak untuk memainkan sesuatu isu terutamanya agama jika mahu meraih lebih banyak sokongan politik daripada penduduk tanpa mengambil kira kesan negatif perbuatan diri masing-masing selepas itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Hari Easter untuk meraikan upacara Perpisahan Dev Sholok dan Kehadiran Dev. Winston 2010 di Dewan Saint Michael’s Engkilili baru-baru ini.

Selain itu Nyalau juga mahu semua penduduk untuk berhati-hati dengan segala isu atau fitnah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya negeri atau umum kelak.

Ini kerana pihak terbabit kata beliau cuba mengurangkan pengaruh Barisan Nasional (BN) dikalangan penduduk dalam negeri ini menerusi fitnah atau dakwaan tidak berasaskan terhadap kerajaan demi kepentingan politik masing-masing selepas ini.

"BN telah membuktikan bahawa mereka adalah parti yang terbaik untuk meneraju kerajaan selama ini. Pembangunan yang dilakukan oleh BN telah berjaya menaiktaraf hidup penduduk di negeri ini," katanya.

Justeru Nyalau mahu semua penduduk mengekalkan sokongan masing-masing terhadap BN demi kesinambungan pembangunan yang berterusan di masa akan datang. Beliau pada majlis itu kemudiannya telah menyampaikan cek peruntukan bernilai RM30,000 kepada pihak Gereja Saint Michael Engkilili.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba, Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili, Edwin Ancheh, Reverend Chimbie Bunsi dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment