Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 April, 2010

Isu politik Engkilili : orang luar harus tutup mulut! kata penduduk







Mugshot:

1. SIBAT KRUTAP
2. LAI CHAW SOON
3. DR JOHNNICAL RAYONG

ENGKILILI, Sabtu (10 April) – Senario politik di Engkilili kian ‘panas’ semenjak beberapa hari lalu apabila beberapa orang pemimpin kanan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di situ menuntut ‘orang luar’ agar tidak campur tangan dalam hal ehwal di kawasan mereka selepas ini.

‘Orang luar’ yang dimaksudkan itu ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Toh Heng San yang pernah menjadi wakil rakyat SUPP di DUN Engkilili selama tiga penggal sebelum ini.

Tuntutan terbabit juga ditujukan kepada bekas calon SUPP yang pernah bertanding di DUN Engkilili pada pilihan raya negeri 2006 lepas iaitu Johnathan Krai Pilo yang tewas di tangan calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) iaitu Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Kedua-dua mereka iaitu Toh Heng San yang merupakan Pengerusi cawangan SUPP Engkilili sebenarnya berasal dari daerah kecil Song manakala Krai pula dari bandar Sri Aman.

Timbalan Pengerusi SUPP cawangan Engkilili Kr Sibat anak Krutap mengingatkan Toh dan Krai bahawa rakyat Engkilili bersetuju ADUN Engkilili sekarang ini iaitu Dr Rayong untuk menjadi calon atas tiket BN pada pilihan raya negeri nanti.

“Sehubungan itu saya meminta mereka berdua (Toh dan Krai) agar tidak lagi sibuk untuk bercakap mengenai siapa yang layak untuk menjadi calon kawasan Engkilili pada pilihan raya negeri nanti.

“Biarkan kami dari kawasan Engkilili sendiri membuat keputusan. Lagipun hasil tinjauan kami mendapati bahawa rakyat di kawasan ini memilih Rayong menjadi calon BN atas tiket SUPP,” katanya.

Beliau juga mendakwa kedua-dua individu berkenaan tidak bersetuju memilih rayong untuk menjadi calon BN walaupun pihak jawantankuasa parti termasuk rakyat sebulat suara telah bersetuju mengenai perkara ini.

Menyentuhi mengenai resolusi dari cawangan SUPP Engkilili yang mengatakan calon bebas tidak dibenarkan bertanding menjadi calon BN, Sibat mendakwa bahawa mereka sebagai ahli dalam jawatankuasa SUPP Engkilili tidak tahu menahu mengenai resolusi berkenaan.

“Resolusi itu hanya dihasilkan oleh Toh dan Krai sahaja tanpa menyatakan hasil resolusi terbabit kepada kami. Kami langsung tidak di bawa bermesyuarat mengenai resolusi berkenaan,” katanya.

Sementara itu Setiausaha SUPP cawangan Engkilili, Kanselor Lai Chaw Soon memberitahu rakyat Engkilili selama ini kehausan untuk dipimpin oleh wakil rakyat yang berasal dari kawasan tempat tinggal mereka sendiri.

“Rakyat Engkilili selama ini dipimpin oleh wakil rakyat dari luar kawasan Engkilili. Berilah peluang kepada kami untuk memilih pemimpin kami sendiri tanpa campurtangan dari pihak luar,” katanya sambil menambah Rayong, anak jati kelahiran Skim Skrang, Engkilili adalah calon paling layak untuk tujuan itu.


Tamat….

No comments:

Post a Comment