Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 April, 2010

Halo muncul di Sri aman


Caption: UNIK...Gambar menunjukkan contoh kejadian Halo yang pernah berlaku langit bandar Sri Aman pada tahun 2008 dan kejadian yang serupa dilaporkan berlaku semula pada petang hari ini.

SRI AMAN, Selasa (6 April) – Fenomena Halo bukan biasa perkara dikalangan penduduk dalam bandar Sri Aman memandangkan kejadian alam tersebut pernah terjadi di bandar ini pada 18 April tahun 2008.

Bagaimanapun kemunculannya sentiasa menjadi perhatian penduduk memandangkan kewujudan lingkaran cahaya serupa pelangi yang mengelilingi matahari dianggap sangat luarbiasa dan menarik untuk dipandang selama ini.

Pada hari ini penduduk di bandar Sri Aman sekali lagi berpeluang untuk menyaksikan kejadian fenomena alam berkeaan apabila Halo wujud di sekeliling matahari bermula dari jam 2.20 petang.

Kemunculannya menyebabkan penduduk yang kebetulan berada di premis perniagaan atau sekitar kawasan jalan raya dalam bandar ini mengambil kesempatan untuk menyaksikan fenomena terbabit.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak mendapati sesetengah penduduk cuba melihat kejadian fenomena alam dengan banyak cara seperti menggunakan cermin mata gelap, menonton menerusi pantulan matahari pada air yang ditakung dalam besen dan sebagainya.

Bagaimanapun terdapat sesetengah penduduk yang cuba melihat terus ke arah matahari tanpa menyedari bahawa tindakan terbabit boleh memberikan kesan buruk terhadap mata mereka sendiri.

Suzilawati Muhammad, 40, berpendapat bahawa para penduduk haruslah mengamalkan langkah keselamatan sekiranya mahu menyaksikan Fenomena Halo yang mungkin akan berlaku lagi di bandar Sri Aman pada bila-bila masa.

Beliau yang menggunakan negatif filem kamera untuk menyaksikan Fenomena Halo pada hari ini amat khuatir sekiranya penduduk terutamanya kanak-kanak melihat kejadian berkenaan secara langsung tanpa melindungi mata sendiri.

“Ibubapa harus mengawasi tindakan anak-anak sekiranya Fenomena Halo berlaku lagi di kawasan langit bandar Sri Aman kerana cahaya matahari mampu menimbulkan risiko kerosakan retina mata jika dilihat terlalu,” katanya.

Fenomena Halo yang berlaku di Bandar Sri Aman pada hari ini hanya dapat bertahan selama setengah jam apabila lingkaran cahaya di sekeliling matahari hilang sepenuhnya pada jam 2.50 petang.

Fenomena Halo boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja apabila kandungan air atau ais pada atmosfera terbias pada cahaya matahari sehingga membentuk beberapa segmen cahaya.

Penulis yang cuba merakamkan gambar Fenomena Halo dengan menggunakan kamera digital bagaimanapun gagal berbuat demikian kerana ketiadaan negatif filem untuk mengurangkan kadar serapan cahaya pada lensa kamera.

Tamat.

No comments:

Post a Comment