Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 April, 2010

Gotong royong bersihkan masjid darul syakirin di kampung muhibbah



Caption: UNTUK ALBUM...Ramli (belakang tengah) ketika bergambar kenangan bersama penduduk yang mengambil bahagian dalam kempen gotong-royong berkenaan.


SRI AMAN, Isnin (19 April) - Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah telah menganjurkan Kempen Gotong-Royong dan Kebersihan 2010 yang berlangsung di masjid tersebut kelmarin.

Jurucakap penganjur, Ramli Abu Sera ketika ditemui berkata Kempen Gotong-Royong dan Kebersihan 2010 ini telah membabitkan penyertaan seramai 70 orang penduduk yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Muhibbah.

"Kempen Gotong-Royong dan Kebersihan 2010 yang berlangsung di Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah diadakan bersempena dengan sambutan Hari Pekerja yang akan berlangsung pada 1 Mei nanti.

"Menerusi kempen ini semua pihak termasuk kakitangan pejabat kesihatan telah bertindak membersihkan kawasan masjid yang merupakan rumah ibadat suci untuk penduduk dalam kampung ini," katanya.

Selain itu Kempen Gotong-Royong dan Kebersihan 2010 kata Ramli juga bertujuan untuk memupuk semangat kesedaran mengenai betapa pentingnya hal ehwal penjagaan kebersihan di kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

Hal ehwal penjagaan kebersihan dikalangan penduduk Kampung Muhibbah katanya adalah amat penting demi menjamin tahap kesihatan masing-masing terutama sekali dari ancaman serangan penyakit Chikungunya yang disebabkan oleh Nyamuk Aedes.

"Justeru saya berharap agar Kempen Gotong-Royong dan Kebersihan 2010 ini dapat diamalkan oleh semua penduduk terutama sekali di kalangan penduduk Kampung Muhibbah dari masa ke semasa.

"Hal ehwal penjagaan kebersihan di kawasan masing-masing tidak harus menunggu saranan kerajaan selepas ini memandangkan kesihatan diri ditentukan melalui cara penjagaan kebersihan di penempatan kita sendiri untuk sepanjang masa,"katanya.

Kempen Gotong-Royong dan Kebersihan 2010 turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Muhibbah yang diketuai oleh pengerusinya Latifah Mantali.

Tamat.

No comments:

Post a Comment