Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 April, 2010

Dapat pecah masuk tapi tak curi barang (bodo la)

SRI AMAN, Jumaat (9 April) – Seorang kakitangan kerajaan dalam Bandar Sri Aman ini nyaris mengalami kerugian bernilai ribuan ringgit apabila kediamannya di sub lot 218, Taman Desa Indah telah dipecah masuk oleh penjenayah pada malam tadi.

Mangsa ketika ditemui Utusan Sarawak mendakwa bahawa beliau yakin kejadian berlaku ketika dia bersama anaknya sedang tidur di bilik antara jam 2 pagi hingga jam 7.30 pagi hari ini.

“Saya sedang membasuh pakaian di bilik mandi sebelum itu. Setelah memastikan kesemua urusan kerja rumah selesai saya kemudiannya masuk ke bilik untuk tidur dengan membiarkan lampu ruang tamu terbuka sekitar jam 2 pagi,” katanya.

Apabila bangun pada awal pagi hari ini, mangsa telah mendapati bahawa tiga keping cermin tingkap dapurnya mengelongsor ke bawah manakala pintunya pula terbuka.

Sebaik sahaja menyedari rumahnya telah dipecah masuk oleh pihak tertentu, mangsa kemudiannya bertindak pantas memeriksa kesemua barangan elektrik yang terdapat di dalam rumahnya termasuk laptop (komputer riba).

“Penjenayah itu boleh mengambil laptop saya di ruang tamu jika dia mahu. Namun atas sebab yang tidak diketahui para penjenayah berkenaan tidak mencuri satu pun barangan yang terdapat dalam rumah ini termasuk laptop saya,” menurut beliau.

Mangsa kemudiannya terus menghubungi pihak polis berhubung kejadian berkenaan sebelum bertindak tampil di Balai Polis Sri Aman untuk melaporkan kejadian tersebut pada jam 9.30 pagi.

“Jendela ruang tamu saya juga turut dibuka. Saya yakin penjenayah terbabit terdiri lebih daripada satu orang ketika mereka memecah masuk kediaman saya malam tadi.

“Justeru saya berharap pihak polis mengandakan usaha mereka selepas ini dengan melakukan rondaan lebih kerap di kawasan Taman Desa Indah Sri Aman dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau juga mendakwa jirannya pernah kehilangan gitar, laptop dan duit apabila rumah mangsa dipecah masuk oleh penjenayah kira-kiranya dua bulan lepas. Namun mangsa berkenaan tidak melaporkan perkara tersebut terhadap pihak polis selepas itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment