Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

27 April, 2010



Caption: TAHNIAH...Romie menyampaikan hadiah kepada peserta johan bagi kategori pameran dari Betong ketika berlangsungnya konvensyen berkenaan baru-baru ini.


oleh Saleman Senin, PPD Betong





BETONG, Selasa (27 April) - Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel yakin perlaksanaan Program Doktor Muda boleh memberi impak positif terhadap isu kesihatan diri penduduk pada masa akan datang.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Doktor Muda 2009 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong pada hari Ahad lepas.



Katanya perlaksanaan Program Doktor Muda dikalangan kanak-kanak pada masa sekarang boleh dijadikan sebagai landasan untuk melahirkan golongan remaja berfikiran positif dalam hal-ehwal penjagaan kesihatan apabila mereka meningkat remaja kelak.

“Saya juga percaya program ini dapat melahirkan golongan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran awal dalam mengamalkan cara hidup yang sihat sekiranya ia diberi ruang dan penumpuan serius selepas ini.

"Mereka boleh jadikan sebagai landasan utama di dalam usaha kerajaan untuk memerangi penyebaran Pandemik H1N1, masalah keracunan makanan di sekolah dan pencegahan wabak Demam Denggi dikalangan penduduk disamping mengalak mereka untuk menjaga kebersihan kawasan sekolah selepas ini," katanya.

Selain itu Romie turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak terutama sekali Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran yang telah bekerjasama dalam memastikan matlamat penganjuran Doktor Muda tercapai sebelum ini.

Malahan beliau juga mahu konsep 'Smart Partneship' diteruskan oleh kedua-dua pihak ini demi merealisasikan harapan kerajaan dalam mempertingkat status penjagaan kesihatan dikalangan penduduk dalam negara ini pada masa akan datang.

"Justeru saya berharap agar usaha untuk mewujudkan lebih lagi golongan Doktor Muda akan dipertingkatkan selepas ini. Semua pihak harus turun padang dan berganding bahu bagi memastikan kejayaan perlaksanaan Program Doktor Muda selepas ini," katanya.

Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah kanan, Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Tuan Haji Hadi bin Haji Bibi, Pengarah Hospital Daerah Saratok, Dr Deburra Peak Ngadan dan Penolong Pengarah kanan, Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Lilis Suriani binti Razali.

Terdahulu program yang bertemakan ‘Dari Pelajar kepada Pelajar Untuk Pelajar’ ini adalah merupakan anjuran Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri sambil dikelolakan secara bersama oleh Jabatan Kesihatan Bahagian Betong dan Pejabat Pelajaran Daerah Betong.
10 acara dipertandingkan dalam konvensyen berkenaan antaranya ialah Pertandingan Buku Informasi Kesihatan,


Pertandingan Inovasi Doktor Muda, Kuiz Doktor Muda, Tokoh Doktor Muda, Sekolah Cemerlang Doktor Muda, Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Persembahan Bakat (Sketsa), Pameran dan Sukan Doktor Muda.

Sebanyak 10 buah bahagian dalam negeri ini melibatkan diri dalam konvensyen berkenaan antaranya ialah Bahagian Betong selaku tuan rumah, Miri, Sibu, Kuching, Sri Aman, Sarikei, Limbang, Bintulu, Kapit dan Sarikei.

Tamat.

No comments:

Post a Comment