Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 April, 2010

Jangan bangkit lawan BN kat Rayong


Caption: IKHLAS...Rayong (empat kanan) sedang menerima cenderamata dari Tr Minggat (tiga kanan) dalam majlis itu

ENGKILILI, Sabtu (24 April) - Penduduk dari kawasan luar bandar dinasihat agar tidak bangkit bersama pihak pembangkang untuk menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata penduduk di kawasan luar bandar masih lagi mengalami kepayahan hidup dan sekaligus menuntut mereka untuk terus menyokong kerajaan dari masa ke semasa.

"Kerajaan BN masih lagi berusaha untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang mencakupi peningkatan taraf hidup ekonomi dan sosial penduduk di kawasan luar bandar sehingga sekarang.

"Justeru tidak berbaloi sekiranya penduduk bangkit menentang BN selepas ini. Tindakan ini boleh merugikan diri mereka sendiri memandangkan BN boleh memberi pembangunan terhadap hidup mereka secara berperingkat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Sri Aman dengan Kerjsama Komuniti Bestari Nanga Bunu, Skrang di Rumah Minggat, Mujan, Skrang baru-baru ini.

Selain itu parti pembangkang kata Rayong juga hanya petah bercakap namun tidak banyak bekerja untuk membantu membangunkan hidup penduduk di kawasan luar bandar yang kini masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan.

"Mereka akan hilang semula selepas pilihan raya manakala BN pula akan sentiasa turun padang menemui penduduk tanpa mengira waktu sama ada sebelum atau selepas pilihan raya. Inilah kelebihan BN berbanding pembangkang," katanya.

Rayong turut menambah bahawa BN telah berjaya membentuk sebuah kerajaan yang demokratik dan cukup ideal untuk penduduk dalam negara ini dan ia terbukti apabila penduduk menikmati hasil peningkatan taraf hidup menerusi pelaksanaan projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Dalam majlis itu Rayong telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mujan manakala RM3,000 kepada biro wanita rumah panjang terbabit.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie, Pembantu Luar Kanan JASA Engkilili, Edwin anak Ancheh dan para ketua kaum di sini.

Tamat….



No comments:

Post a Comment