Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 April, 2010

Betong Idol platform belia majukan diri- Uggah




Caption:


1.UNTUK ALBUM...(dari kiri) Richard, Wani (pemenang tempat ketiga), Azri (tempat kedua), Aliqs (Johan Betong Idol 2010), Datin Doreen, Dato Sri Douglas Uggah, Datu Romie Sigan dan Datin Grace (terlindung) bergambar kenangan sebaik sahaja tamat majlis berkenaan.


2.PENGHARGAAN...Uggah (kanan) menerima cenderahati daripada Richard (kiri) sambil disaksikan oleh Sigan, Paul dan Watson Bangau pada majlis berkenaan.

BETONG, Isnin (5 April) - Golongan belia harus bijak mengambil peluang menerusi bakat yang ada pada diri disamping melengkapkan diri dengan lain-lain bidang kemahiran sebagai persediaan untuk menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar dalam era globalisasi ini.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Kemuncak Pencarain Bintang Betong Idol 2010 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong baru-baru ini.


“Program Betong Idol ini contohnya merupakan adalah merupakan sebuah aktiviti yang mampu menyediakan platform kepada golongan beliau bagi mengasah bakat disamping bergiat lebih aktif dalam bidang yang mereka diceburi.


“Malahan ia secara tidak langsung membolehkan para belia untuk menentukan hala tuju hidup masing-masing selepas ini begitu juga dengan lain-lain belia menerusi bakat sedia ada dalam diri sendiri,” katanya yang juga merupakan Timbalan Presiden SABERKAS Sarawak.


Selain itu aktiviti seperti Program Betong Idol ini kata Uggah juga akan dapat dijadikan sebagai platform kepada golongan belia yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian bagi menyemarakkan lagi industri seni suara tanah air selepas ini.


Tambah beliau, kini penyanyi berbakat bukan sahaja diminati oleh orang ramai malah turut memperoleh pendapatan lumayan ketika dijemput untuk mengadakan persembahan dalam mana-mana majlis rasmi atau aktiviti keramaian yang diadakan.


“Tidak hairanlah pada satu hari nanti ada terdapat para peserta Betong Idol yang akan berjaya menyertai program seperti Akedemi Fantasia.


“Dengan itu saya menyeru lebih banyak kerjasama antara SABERKAS Daerah Betong dengan Kelab Sukan dan Rekreasi BANKERS Betong dalam usaha penganjuran Betong Idol ini,” katanya.


Hadir sama ialah Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Timbalan Setiausaha Agung SABERKAS Negeri, Dato Paul Teo, Pengerusi SABERKAS Daerah Betong, Dr Richard Rapu, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi BANKERS Betong, Philips Jabu dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri iaitu Watson Bangau anak Jonathan Renang dan Isik Utau.

Seramai 12 orang finalis telah berentap merebut gelaran Betong Idol 2010, iaitu lima dari Betong, dua orang dari Manggut (Spaoh) dan masing-masing seorang dari Spaoh, Bungin, Saratok dan Sri Aman.


Antara tujuan penganjuran program Betong Idol ini adalah bagi menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang kesenian dan kebudayaan sebagai satu platform kepada mereka untuk bergiat aktif dalam dunia hiburan dan seni suara tanah air selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment