Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 April, 2010

Bekerjasama majukan Saribas - Wahbi



Caption: PENGHARGAAN...Wahbi (kiri) menyampaikan cenderamata kepada ketua konvoi motorsikal iaitu Mohd Zaidie(kanan) sambil disaksikan tetamu undangan yang lain pada majlis terbabit.


Abang Daud Abang Jurnaidi, IPD Betong

DEBAK, Rabu (21 April) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi mahu semua penduduk Saribas untuk bersatu-hati dalam menjayakan segala projek pembangunan di kawasan terbabit selepas ini.

Menurut beliau kejayaan usaha pembangunan oleh kerajaan di kawasan Saribas memerlukan komitmen serta kerjasama semua penduduk demi memastikan projek pembangunan memberi manfaat sepenuhnya kepada mereka di masa akan datang.

"Pengenalan Pesta Saribas bagi mengantikan Pesta Bungin bermula tahun 2012 nanti adalah merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menaiktaraf hidup penduduk menerusi usaha pembangunan ekonomi.

"Pelan pembangunan sosial juga turut dirangka. Justeru saya meminta semua penduduk untuk terus berdiri teguh di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) demi menjayakan perlaksanaan projek pembangunan dalam kawasan Saribas selepas ini," katanya.

Wahbi berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Ziarah Maulidur Rasul Bahagian Betong 2010 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Gerakan Desa Wawasan Kampung Bungin dan SABERKAS Kampung Tuie di Dewan Kampung Tuie dalam daerah kecil Debak, Betong kelmarin.

Selain itu beliau juga turut menasihati golongan belia untuk menjauhi diri daripada pelbagai aktiviti tidak sihat selepas ini memandangkan mereka adalah aset penting negara di masa akan datang.

"Golongan belia perlu mendalami ajaran agama masing-masing mulai sekarang. Kerajaan mahu golongan belia yang berakhlak tinggi dan mempunyai kepakaran intelektual yang tinggi untuk mengambilalih teraju pembangunan negara menjelang tahun 2020 kelak," katanya.

Program Ziarah Maulidur Rasul Bahagian Betong 2010 telah diserikan dengan acara konvoi yang membabitkan 40 buah motorsikal sambil diketuai oleh Mohd Zaidie bin Haji Yakop bermula dari Kampung Bungin hingga ke Kampung Tuie.

Program terbabit turut dimeriahkan dengan aktiviti ceramah keselamatan yang disampaikan oleh Ketua Polis Balai Spaoh, Sarjan Maslan Haji Jafar dan pertandingan karaoke.

Wahbi yang telah merasmikan majlis berkenaan telah turun padang bersama penduduk kampung untuk bergotong-royong membuat jeti kayu sementara menuju ke Dewan Serbaguna Kampung Tuie.

Tamat.

No comments:

Post a Comment