Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 April, 2010

Artic juara futsal Piala Saberkas Kampung Melayu Betong




Caption:
1.UNTUK KENANGAN...Zawawie (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ahli SABERKAS dan pasukan pemenang pada kejohanan itu.


2. SANG JUARA...Pasukan Artic United merakamkan gambar kenangan selepas muncul juara pada kejohanan berkenaan.




oleh Saleman Senin, PPD Betong

BETONG, Isnin (12 April) - Pasukan Artic United muncul juara Kejohanan Futsal Piala Saberkas 2010 Tertutup Kampung Melayu Betong setelah berjaya menundukkan saingan pasukan Liga Ligo yang berlangsung di Mini Stadium Betong malam tadi.


Kejohanan Futsal Piala Saberkas 2010 anjuran Unit SABERKAS Kampung Hilir / Hulu Betong ini menyaksikan pasukan Artic United menewaskan Liga Ligo dengan jaringan gol 3 - 2 pada perlawanan final berkenaan.


Kemenangan ini membolehkan pasukan Artic United yang menewaskan pasukan Nyo Team pada saingan separuh akhir dengan jaringan gol 5-0 telah membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, piala kejuaraan kejohanan dan pingat untuk setiap seorang.


Manakala itu pasukan naib juara iaitu Liga Ligo yang menang tipis dengan jaringan gol 4-3 ketika menentang Galaxy Silver pada perlawanan separuh akhir sebelum itu turut membawa pulang hadiah berupa piala naib juara dan pingat.


Sementara saingan bagi merebut tempat ke-3 dalam Kejohanan Futsal Piala Saberkas 2010 Tertutup Kampung Melayu Betong ini menyaksikan pasukan Nyo Team menewaskan pasukan Galaxy Silver dengan jaringan gol 2-1.


Kemenangan ini membolehkan pasukan Nyo Team membawa pulang hadiah berupa piala kedudukan tempat ke-3 dan pingat manakala pasukan Galaxy Silver pula hanya pulang membawa hadiah berupa pingat sebelum dinobatkan sebagai pemenang kategori pasukan Fair Play terbaik selepas itu.


Perlawanan akhir yang disaksikan lebih 100 orang penduduk Betong ini menyaksikan 10 buah pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut antaranya ialah Artic United, Liga Ligo, Nyo Team, Galaxy Silver, Purnama FC, Jerung Semesta FC, Walit, Cucu Betong, Pop-L dan JPAM (Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia).


Majlis penyampaian hadiah dan penutupan rasmi kejohann ini telah disempurnakan oleh Penghulu Kampung Melayu Betong, Haji Abang Zawawie bin Rajit sambil disaksikan oleh Penolong Pengerusi Unit SABERKAS Kampung Hilir / Hulu Betong, Ismail bin Mohamad.


Zawawie ketika berucap pada majlis itu mahu semua penduduk kampung untuk saling berkerjasama bagi membenteras gejala sosial dikalangan anak-anak kampung mulai masa sekarang.


"Bertemakan ‘Belia Cergas Harapan Bangsa’, Kejohanan Futsal Piala Saberkas 2010 Tertutup Kampung Melayu Betong ini adalah merupakan program riadah bagi anak-anak kampung Melayu untuk memupuk dan mengeratkan lagi hubungan perpaduan dalam aktiviti sukan.


"Aktiviti sebegini amat digalakkan agar bakat belia kampung dapat diketengahkan disamping mengurangkan penglibatan masing-masing dalam gejala sosial selepas ini," katanya sambil berharap agar lain-lain permainan juga perlu diketengahkan selepas ini selain futsal.


Tamat.

No comments:

Post a Comment