Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 April, 2010

Ambil ikhtibar dari perpecahan Pakatan Rakyat - Wahbi



Caption: MANFAATKAN...Wahbi ketika menyampaikan cek Pengerusi Pembangunan Ekonomi / Sosial Wanita Kampung Hulu Mangut iaitu Puan Salmiah sambil disaksikan bersama oleh Suffian Ahmad.

Oleh Abang Daud Abang Junairdi, IPD Betong

SPAOH, Ahad (25 April) – Perpecahan dikalangan komponan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini harus dijadikan ikthibar terhadap semua penduduk terutama sekali yang tinggal di kawasan Saribas, Betong.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi berkata pertelingkahan di antara Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) menunjukkan mereka tidak sehaluan dalam memperjuangkan agenda politik mereka sendiri selama ini.


"Ini mendedahkan kelemahan PR di hadapan mata penduduk. Mereka tidak sehati dan sehaluan dalam memperjuangkan agenda politik masing-masing terhadap penduduk yang mahu mereka pimpin selama ini.


"Justeru saya minta penduduk di Saribas untuk menilai situasi berkenaan. Jalan terbaik bagi mereka adalah dengan menyokong Barisan Nasional (BN) untuk menikmati faedah pembangunan yang berterusan selepas ini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Manggut dalam daerah kecil Spaoh, Betong kelmarin.


Selain itu Wahbi juga menasihatkan penduduk agar tidak mudah terpedaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mahu mengucar-kacirkan kestabilan politik dalam negeri.


"Mereka cemburu dengan kestabilan politik yang kita nikmati di bawah pemerintahan Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Kita mahu kestabilan ini terus berkekalan agar Sarawak mampu maju seiring dengan lain-lain negeri dalam Malaysia menjelang tahun 2020 kelak," katanya.


Hadir sama ialah Guru Besar SK Mangut, Suffian bin Omar, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Manggut, Majeni bin Alek, Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.30 Saribas, Hajah Rosnani dan Setiausaha Ketua Pergerakan Pemuda PBB N.30 Saribas, Saifuddin bin Wahbi.


PIBG SK Manggut menerima cek peruntukan bernilai RM5,000 pada majlis itu manakala RM10,000 lagi diperuntukan bagi tujuan pembaikian dewan sekolah berkenaan selepas ini.

Wahbi juga turut menyampaikan cek MRP bernilai RM3,000 untuk Surau Kampung Hulu Manggit manakala RM3,000 lagi disampaikan kepada Pertubuhan Sosial Wanita Kampung Manggut.


Tamat.

No comments:

Post a Comment