Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 April, 2010

840 hektar tanah bakal dibangun untuk ZIA Batang Ai


Mugshot: WILLIAM NYALAU BADAK

LUBOK ANTU, Sabtu (24 April) - Seluas 840 hektar tanah di kawasan Empangan Hidroelektrik Batang Ai, Lubok Antu telah dikenalpasti oleh kerajaan untuk dijadikan sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) di situ.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata ZIA yang bakal dibuka oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menerusi Jabatan Perikanan dengan kerjasama Kerajaan Negeri ini bertujuan untuk membangunkan projek ternakan ikan air tawar dalam sangkar secara komersial di kawasan terbabit.

"Daripada jumlah itu hanya tanah seluas 84 hektar akan dibangunkan untuk tujuan projek penternakan ikan dalam sangkar tanpa menjejaskan kualiti dan alam sekitar di kawasan ini.

"Jika ia beroperasi sepenuhnya kelak dengan kapasiti 20,000 sangkar bersaiz 6m x 6m maka projek ini dijangka akan mengeluarkan sejumlah 6,600 tan metrik ikan air tawar dalam setahun dengan nilai perolehan mencecah RM13.2 juta," katanya tanpa menyatakan tarikh bermulanya projek ini.

Nyalau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak semasa merujuk jawapan yang diberi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika menjawap soalannya dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu di bawah Program High Impact Projek Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menurut beliau telah melantik konsultan untuk menjalankan kajian Environmental Impact Assessment (EIA) untuk menyediakan Pelan Pembangunan Akuakultur di kawasan ini menerusi State Planning Authority (SPA) Sarawak.

Bagi tujuan memajukan penternak ikan dalam sangkar di Empangan Batang Ai, Lubok Antu menerusi program ini, pihak MOA menerusi Jabatan Perikanan Malaysia kata Nyalau telah memperuntukan sebanyak RM625,217 untuk membaikpulih Stesen Perikanan Darat Batang Ai yang dimiliki Jabatan Pertanian Sarawak.

"Malahan sebanyak RM150,000 turut diperuntukan untuk tujuan pembelian bot laju dan lain-lain kegunaan seperti membaiki jalan masuk, pembekalan air, elektrik," katanya sambil menambah sejumlah RM950,000 turut diperuntukan untuk membina bangunan baru di situ selepas ini.

Nyalau turut menambahawa kawasan Batang Ai juga telah menghasilkan sebanyak 500 tan metrik ikan air tawar dalam setahun menerusi operasi penternakan ikan air tawar di 2,000 buah sangkar yang dikendalikan oleh penternak tempatan sekarang ini.

"Syarikat Able Asia Sendirian Berhad kini sedang telah menjalankan aktiviti ternakan ikan air tawar dan juga aktiviti pemprosesan Filet Talapia," kata beliau.


Tamat…

No comments:

Post a Comment