Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 April, 2010

70 peserta join kursus pengurusan mayat


Caption: UNTUK ALBUM…Para peserta sedang merakamkan gambar kenangan bersama pegawai dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman sebaik sahaja taklimat tersebut kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (8 April) - Seramai 70 orang peserta dari tujuh buah kampung sekitar Bahagain Sri Aman telah menghadiri Taklimat Pengurusan Jenazah HIV/AIDS yang diadakan di Bilik Seminar Asrama Pelatih Penolong Pegawai Perubatan Jalan Sabu yang anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman kelmarin.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahaya jangkitan penyakit HIV / AIDS pada masa sekarang.

"Kesemua 70 orang peserta ini telah didedahkan dengan cara-cara pencegahan dan pengawalan terhadap penyakit berbahaya terbabit ketika berlangsungnya Taklimat Pengurusan Jenazah HIV/AIDS terbabit.

"Kita mahu kesemua peserta terbabit untuk memahami bahaya penyakit berkenaan dan seterusnya mengetahui cara bagi mengelak jangkitan penyakit berkenaan dengan harapan agar kadar jangkitan penyakit AIDS dan HIV dalam negara ini akan dapat dikurangkan pada masa akan datang," menurut beliau.

Selain itu para peserta menerusi Taklimat Pengurusan Jenazah HIV / AIDS ini menurut beliau juga turut diajar tentang aspek pengurusan jenazah HIV / AIDS dengan cara yang selamat dan betul.

Justeru beliau berharap agar para peserta dapat menyebarkan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi menerusi taklimat ini kepada lain-lain ahli komuniti penduduk bagi membantu usaha kerajaan untuk mengurangkan jangkitan penyakit HIV / AIDS dikalangan penduduk selepas ini.

"Taklimat in telah dikendalikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman iaitu Buda Ason sambil dibantu oleh Ibrahim Ahmad dari Unit Forensik Hospital Bahagian Sri Aman.

"Acara penutupan Taklimat Pengurusan Jenazah HIV/AIDS ini telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman iaitu Flanky Henry Juhol," katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment