Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2010

7 OKT dipindah ke lokap baru IPD Betong



Caption: YE YE PINDAH LOKAP BARU...Lans Kopral Ambia bin Jali sedang mengiringi tujuh orang OKT dalam proses perpindahan OKT ke lokap polis di bangunan baru IPD Betong

BETONG, Khamis (15 April) - Babak bersejarah perpindahan bangunan lama Balai Polis Betong di Jalan Kuek Huat Wee ke bangunan baru Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pusat Bandar Betong telah dilengkapi lagi dengan proses pemindahan 'Orang Kena Tahan' atau OKT di sini hari ini.

Dalam proses terbabit seramai tujuh orang OKT yang merupakan penghuni lokap di Balai Polis Betong lama sebelum ini telah dipindahkan ke lokap baru di bangunan baru IPD Betong.

Dari kesemua tujuh orang OKT ini yang dipindahkan ke lokap baru di bangunan baru IPD Betong hari ini, empat daripada mereka adalah merupakan golongan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

"Kesemua tujuh orang OKT ini adalah merupakan penghuni lokap yang terakhir di Balai Polis Betong yang lama dan juga menjadi OKT pertama yang menghuni lokap di bangunan baru IPD Betong.

"Ini merupakan salah satu sejarah yang berlaku dalam proses perpindahan IPD Betong dari bangunan lama di Jalan ke bangunan baru pada hari ini. Peristiwa ini melengkapkan sepenuhnya perpindahan IPD Betong ke bangunan yang baru," kata jurucakap IPD Betong ketika ditemui hari ini.

Terdahulu IPD Betong telah beroperasi sepenuhnya secara rasmi di bangunan baru yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dan berhadapan Pejabat Jabatan Kerja Raya Bahagian Betong berkuatkuasa mulai hari ini.

Antara beberapa buah jabatan dalam IPD Betong yang telah memulakan operasi di bangunan baru itu sebelum ini adalah Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Unit Cawangan Khas dan Bahagian Ketenteraman Awam.

Perpindahan sepenuhnya Balai Polis Betong ke bangunan baru ini sekaligus memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan semua jabatan polis yang beroperasi di bangunan baru berkenaan selepas ini.

Perpindahan rasmi Balai Polis Betong ke bangunan baru yang menelan kos pembinaan bernilai RM22 juta terbabit juga akan mempertingkatkan tahap tugas pihak polis secara efisyen terhadap semua penduduk dalam kawasan Betong di masa akan datang.

Sebarang kemusykilan dikalangan orang ramai berhubung perkara ini boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat Pertanyaan PDRM Betong menerusi talian telefon 083-471776, 472345, 472779, 472771 dan 472767.

Tamat.

No comments:

Post a Comment