Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 April, 2010

31 penduduk hadiri kursus CIDB di sibu


Caption: UNTUK ALBUM...Mashan (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta sebaik sahaja tamat kursus berkenaan kelmarin.


SRI AMAN, Jumaat (9 April) – Seramai 31 orang kontraktor dan bakal kontraktor mengambil bahagian dalam Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan yang berlangsung di Hotel Premier, Sibu kelmarin.

Kursus berkenaan yang juga dikenali sebagai Kursus Kad Hijau CIDB adalah merupakan anjuran syarikat M-CORP Sendirian Berhad Kuching dan berlangsung selama tiga hari di hotel berkenaan iaitu bermula dari 5 hingga 8 April lepas.

Pengendali kursus iaitu Mashan Haji Ahmad Rais ketika ditemui memberitahu bahawa Kursus Kad Hijau CIDB adalah wajib untuk dihadiri oleh semua mereka yang terlibat dalam industri pembinaan

“Kursus yang melibatkan golongan pekerja am, penyelia tapak, pekerja professional dan kontaktor itu bertujuan untuk mendedahkan semua peserta tentang aspek-aspek keselamatan di tapak pembinaan.

”Disamping itu semua peserta turut diberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan alat-alat keselamatan / Personal Protective Equipment (PPE) seperti helmet keselamatan, safety boot dan sebagainya semasa bekerja di tapak pembinaan,” menurut beliau.

Peserta menerusi kursus ini menurut beliau juga telah diberitahu mengenai kehendak Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) tentang kewajiban am majikan dan kewajipan am pekerja terhadap pematuhan aspek keselamatan di tapak pembinaan.

Kegagalan majikan dan pekerja untuk mematuhi aspek keselamatan di tapak binaan kata Mashan secara tidak langsung akan menyebabkan mereka dikenakan hukuman penjara atau denda menurut akta berkenaan.

“Selain itu kad hijau juga merupakan pengiktirafan CIDB tentang kemahiran seseorang pekerja yang mana setiap maklumat pekerja akan disimpan dalam pengkalan maklumat CIDB selepas itu.

“Semua pemegang kad hijau juga adalah dilindungi oleh skim perlindungan insuran takaful. Justeru diharap agar kesemua peserta memanfaatkan sepenuhnya maklumat yang mereka perolehi menerusi kursus berkenaan selepas ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa mereka yang berminat untuk menyertai kursus terbabit digalakkan mendaftar awal kerana mulai yuran kursus akan dinaikkan oleh pihak CIDB mulai 1 Jun ini.

“Mulai 1 Jun ini yuran RM200 seorang akan dikenakan bagi syarikat yang telah berdaftar dengan CIDB manakala RM400 seorang pula bagi syarikat baru yang belum berdaftar dengan CIDB,” katanya.

Tamat.

1 comment:

  1. Yanti Binti YamudSunday, August 07, 2011

    Saya Yanti Binti Yamud dari Syarikat Hosana Enterprise berminat menghadiri krusus CIDB.Bagaimanakah caranya saya daftarkan nama syarikat saya?Terima kasih

    ReplyDelete