Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 April, 2010

30 pasukan berentap dalam Futsal Bank Rakyat 23 April - 25 April


Caption: SIBUK...Pihak petugas sedang sibuk menentukan jadual pasukan yang bertanding ketika berlangsungnya sesi cabutan undi di Rumah MAKSAK malam tadi.

23 April

Sejumlah 30 buah pasukan mengesahkan penyertaan masing-masing dalam Kejohanan Futsal Piala Bank Rakyat Sri Aman 2010 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Sri Aman bermula 23 April hingga 25 April ini.

Kesemua 30 buah pasukan ini dibahagikan kepada lapan buah kumpulan bersempena dengan Kejohanan Futsal Piala Bank Rakyat Sri Aman 2010 antaranya ialah Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C, Kumpulan D, Kumpulan E, Kumpulan F, Kumpulan G dan Kumpulan H.

Menerusi sesi pembuangan undi yang berlangsung di Rumah MAKSAK Sri Aman malam tadi, Pasukan RMBSA, JRASS 10, Pemuda PBB dan SJU telah diletakkan dalam saingan Kumpulan A manakala pasukan AY 17, Tiang Peringat dan Tornado pula akan berentap dalam Kumpulan B.

Kumpulan C pula menyaksikan saingan antara pasukan GOF FC, MEDIC, LAFA B dan LAFA A manakala Kumpulan D pula menyaksikan saingan antara pasukan Zaimie 2010, KSK Lingga, Petro Slug dan SESCO FC.

Pasukan Nang Bagus, Tinents, Khusyaimi FC dan Galaticos akan bersaing dalam Kumpulan E untuk merebut kedudukan juara dan naib juara kumpulan manakala pasukan Frenz FC, Mat UTD, Ioscope dan Mospeda FC pula akan berentap dalam Kumpulan F.

Kumpulan G menyaksikan saingan antara pasukan Pridep A, Golden Generation, Pridep B dan Bank Rakyat manakala pasukan X-Curved, Evolution dan PJ- Zone pula akan bersaing dalam Kumpulan H.

10 perlawanan peringkat kumpulan untuk semua pasukan dari Kumpulan A hingga E telah berlangsung di Stadium Tertutup Sri Aman pada 23 April bermula jam 7 malam dimana dua pasukan dalam Kumpulan A iaitu RMBSA dan JRASS 10 telah membuka tirai perlawanan pada malam berkenaan.

Manakala itu perlawanan peringkat kumpulan untuk semua pasukan dari Kumpulan F hingga H akan berlangsung di Stadium Tertutup Sri Aman ini pada 24 April bermula jam 7 malam.

Pasukan juara dan naib juara bagi setiap kumpulan masing-masing akan berentap pada perlawanan pusingan ke-2, suku akhir dan separuh akhir pada 25 April ini manakala perlawanan akhir pula akan berlangsung pada jam 8 malam pada hari yang sama di Stadium Tertutup Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment