Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 April, 2010

29 ahli kelab doktor sri aman lawat pejabat kesihatan


Caption: DOKTOR MUDA...Alex (belakang kiri sekali) ketika merakamkan gambar kenangan bersama ahli kelba doktor muda, guru pengiring dan kakitangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (1 April) - Seramai 29 orang ahli Kelab Doktor Muda dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Simanggang mengadakan lawatan sambil belajar di Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman petang kelmarin.

Penyelaras Program Doktor Muda peringkat Bahagian Sri Aman, Gabriel Alexis berkata, tujuan utama lawatan ini dijalankan adalah untuk mendedahkan para murid tentang peranan dan fungsi pejabat kesihatan di Sri Aman ini.

“Golongan murid perlu didedahkan tentang peranan penting Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman dalam melaksana dan menguruskan perkara yang berkaitan dengan hal ehwal kesihatan penduduk dalam kawasan Sri Aman ini di peringkat awal.

“Justeru pihak kami telah menjemput ahli Kelab Doktor Muda dari SK Sri Aman dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Simanggang untuk melakukan lawatan sambil belajar di sini untuk tujuan itu,” katanya.

Selain itu lawatan sambil belajar seperti ini juga menurut beliau secara tidak langsung akan menimbulkan minat dikalangan para murid bagi menceburi bidang perubatan dan kesihatan selepas ini.

Malahan pendedahan awal murid dalam kedua-dua bidang ini kata Alex juga akan memberi motivasi kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh pada masa yang akan datang.

“Dalam lawatan ini para pelajar telah dibawa melawat Unit Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Unit Penyakit Berjangkit, Unit Promosi Kesihatan, Unit Pentadbiran, Unit Kesihatan Primier dan Unit Inspektorat.

“Pendedahan awal murid-murid terhadap fungsi setiap unit di pejabat kesihatan diharap agar dapat menarik minat masing-masing untuk menyemarakkan lagi bidang perubatan dan kesihatan dalam negara ini,” katanya.

Turut mengiringi ahli Kelab Doktor Muda dari SK Sri Aman dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Simanggang dalam lawatan ini ialah para guru penyelaras program ini dari kedua-dua sekolah berkenaan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment