Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 March, 2010

Wanita Dayak dipelawa masuk SIDS - Roselyn


Caption: BARU DAN LAMA...Roselyn (tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama jawatankuasa SIDS cawangan Sri Aman bagi tahun 2010 kelmarin.


SRI AMAN, Jumaat (19 Mac) – Beliawanis berketurunan Dayak yang berpelajaran dipelawa untuk menyertai Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman bagi memantapkan lagi peranan kesatuan berkenaan di kawasan Sri Aman selepas ini.

Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas berkata penyertaan golongan terbabit dilihat mampu mempertingkatkan lagi usaha SIDS untuk membela hal ehwal kebajikan wanita Dayak dalam negeri Sarawak selepas ini.

“Semakin ramai golongan beliawanis baru Dayak yang berpendidikan tinggi pada masa sekarang dan sekaligus mempunyai banyak idea-idea baru untuk membangunkan hidup masyarakat sekeliling mereka selepas ini.

“Saya percaya golongan mereka ini boleh memperjuangkan taraf kemajuan wanita Dayak di masa akan datang. Justeru penyertaan golongan terbabit ke dalam SIDS dilihat sebagai satu langkah yang cukup wajar untuk mereka berbuat demikian selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ringkas pada sesi Mesyuarat dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa SIDS cawangan Sri Aman bagi Penggal Tahun 2010 bertempat di sebuah restoran dalam bandar ini kelmarin.

Selain itu Roselyn juga menasihatkan semua ahli SIDS untuk saling bekerjasama di antara satu sama yang lain demi memantapkan lagi organisasi kesatuan terbabit dari masa ke semasa.

Terdahulu mesyuarat yang berlangsung kelmarin menyaksikan Dora Landong dikekalkan sebagai penasihat dengan kemunculan tiga muka baru dalam SIDS cawangan Sri Aman iaitu Catherlin Musa (Naib Bendehari), Varelina Olin (AJK) dan Catrina Kamilin (AJK).

Sementara itu lapan orang lagi ahli yang masih kekal bagi jawatankuasa untuk tahun ini ialah Roseline Abunawas (Pengerusi), Lansing (Naib Pengerusi), Siwa Jawa (Setiausaha), Florence Briku (Naib Setiausaha), Margaret Ann Bajai (Bendahari), Mary Chendang (AJK), Lita Lukang (AJK) dan Peggy Vera Jonathan (AJK).

Tamat.

No comments:

Post a Comment