Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 March, 2010

Wan Junaidi bagi bantuan


Caption: PRIHATIN...Franklin (enam kiri) menyerahkan sumbangan Datuk Wan Junaidi kepada Abdul Rahman (enam kanan) sambil diperhatikan oleh Suhaili serta yang lain di sini kelmarin.

SRI AMAN, Selasa (9 Mac) – Kejadian kebakaran yang menimpa keluarga Abdul Rahman Haji Ramli di Kampung Muhibbah Sri Aman telah mendapat perhatian Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar kelmarin.

Beliau menerusi wakilnya Timbalan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.27 Simanggang, Franklin Guan @ Guang anak Juma telah menyampaikan sumbangan bernilai RM1,000 kepada kepada Abdul Rahman Haji Ramli, 50, menerusi upacara ringkas yang berlangsung di sini lewat petang kelmarin.

Turut disampaikan oleh beliau menerusi upacara ringkas terbabit adalah peralatan memasak serta lain-lain barangan dapur untuk kegunaan keluarga mangsa kebakaran terbabit selepas ini.

Franklin ketika ditemui berharap agar keluarga mangsa dapat memanfaatkan sebaik-baiknya sumbangan berupa wang dan peralatan memasak yang dihulurkan oleh Datuk Dr. Wan Junaidi.

"Inilah adalah sumbangan peribadi daripada Ketua Cawangan PBB kita bagi DUN N.27 Simanggang iaitu Datuk Dr. Wan Junaidi bagi membantu ahli keluarga mangsa kebakaran ini.

“Kita berharap agar bantuan terbabit dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga yang ditimpa malang akibat kejadian kebakaran berkenaan pada 8 Mac lalu," menurut beliau.

Turut hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan, Setiausaha PBB N.27 Simanggang, Suhaili Haji Abang Abu Samy, Bendahari Parti Haji Awang Ibrahim Awang Karim serta ahli-ahli PBB N.27 Simanggang yang lain.

Terdahulu Abdul Rahman bersama seorang isteri dan empat orang anaknya kini tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman rumah kayu mereka musnah dijilat api sekitar jam 7.30 pagi pada 8 Mac lepas.

Tamat..

No comments:

Post a Comment