Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 March, 2010

Syahirah juara perujian ayat lazim dan al quran Betong




Caption:

1. TAHNIAH…Rohani (tengah) menyampaikan anugerah khas kepada Wan Alek ketika berlangsungnya majlis itu.

2. MERIAH…Antara penduduk yang hadir pada pertandingan berkenaan di Surau Darul Taqwa malam kelmarin.


BETONG, Isnin (8 Mac) – Nursafikah Syahirah Senie muncul juara bagi kategori Tahun 1 dan 2 Pertandingan Perujian Hafazan Ayat-Ayat Lazim dan Azan yang berlangsung di Surau Darul Taqwa, Betong malam kelmarin.

Syahirah muncul juara setelah berjaya meyakinkan sembilan orang hakim yang diketuai oleh Ustaz Kamaruddin pada Pertandingan Perujian Hafazan Ayat-Ayat Lazim dan Azan anjuran Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Taqwa dan JKKK Kampung Baru Hulu Betong sempena sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M tahun ini.

Tempat kedua bagi kategori terbabit pula dimenangi oleh Muhd Luqman Rahmat manakala tempat ke-3 disandang oleh Mohd Nor Azhari Adhar Noraina.

Untuk kategori Tahun 3 dan 4 Pertandingan Perujian Hafazan Ayat-Ayat Lazim dan Azan ini pula, Khairun Natrah Sulaiman muncul pemenang tempat pertama sambil diikuti oleh Wan Muhd HanifHaziman Wan Halmi dan Nur Farhanah Hedel yang memperoleh kedudukan tempat ke-2 dan ke-3 bagi kategori berkenaan.

Manakala itu Muhd Rusdi bin Yakub muncul pemenang bagi kategori Tahun 5 dan 6 bagi Pertandingan Perujian Hafazan Ayat-Ayat Lazim dan Azan ini sambil diikuti oleh Hanifatul Afiq Shuib dan Abang Khairizakirin Abang Zaharuddin yang memperoleh kedudukan ke-3 dan ke-4 bagi kategori berkenaan.

Upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang pertandingan berkenaan telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir dari Pejabat Residen Betong, Rohani Sazeli yang seterusnya merasmikan pertandingan berkenaan pada malam itu.

Terdahulu Rohani menerusi ucapannya menyeru ibubapa untuk lebih rajin menghantar anak-anak ke surau bagi membentuk peribadi anak-anak mengenal ayat Al-Quran melalui pembelajaran anjuran pihak jawatankuasa surau selepas ini.

“Lagipun sayugia diingatkan bahawa surau bukan sahaja tempat untuk umat Islam menunaikan ibadah sembahyang malah turut berperanan untuk menyebarkan ajaran agama menerusi kelas Fardhu Ain selama ini.

“Justeru saya meminta muslimin dan muslimah untuk lebih rajin mendidik anak-anak atau golongan muda bagi mendalami ilmu Islam sedalam-dalamnya selepas ini,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Pengerusi JKKK Kampung Baru Hulu Betong, Wan Boena Haji Wan Omar, Pengerusi Pengurusan Jawatankuasa Surau Darul Taqwa Betong, Hassan Kom dan Imam Surau Darul Taqwa Betong, Haji Wan Alek Tunku Manshur.

Rohani menerusi majlis terbabit turut menyampaikan anugerah khas kepada Wan Alek di atas sumbangan beliau dalam mendidik dan menyebarkan ajaran Islam terhadap anak-anak muda di Betong selama ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment