Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 March, 2010

SMK Sri Aman terbaik SPM 2009 di Sri Aman




Caption: TIDAK SABAR...Para calon SPM 2009 sedang berebut untuk mengambil slip keputusan masing-masing di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Khamis (11 Mac) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman muncul sebagai sekolah menengah yang terbaik dalam Bahagian Sri Aman setelah memperoleh 94.68 peratus kelulusan penuh bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang diumumkan pada hari ini.

SMK Sri Aman yang mempunyai 289 orang calon bagi peperiksaan SPM 2009 turut melahirkan salah seorang pelajar cemerlang sekolah terbabit yang memperoleh keputusan 9A 1B iaitu Andrea Kon.

SMK Lubok Antu menduduki tangga kedua bagi keputusan SPM 2009 dalam Bahagian Sri Aman apabila mencatat sejumlah 93.25 peratus kelulusan penuh menerusi 169 orang calon.

Sekolah terbabit juga melahirkan seorang pelajar cemerlang iaitu Ezekiel Rentap anak Irie yang memperoleh keputusan 6A 3B 2C 1D bagi keputusan SPM 2009.

Manakala itu SMK Engkilili menerusi 221 orang calon yang menduduki ujian SPM bagi tahun lepas telah memperoleh 91.20 peratus kelulusan penuh dengan seorang pelajar mereka iaitu Macdowell Banta Mindan memperoleh 11A bagi keputusan SPM 2009.

Kedudukan ke-4 yang diduduki oleh SMK Saint Luke menyaksikan sekolah menengah berkenaan memperoleh 87.31 peratus kelulusan penuh menerusi 203 orang calon yang menduduki ujian SPM terbabit pada tahun lepas.

SMK Simanggang yang menduduki tempat ke-5 bagi keputusan ujian SPM 2009 dalam Bahagian Sri Aman menyaksikan sekolah terbabit memperoleh 85.73 peratus kelulusan penuh menerusi 144 orang calon yang menduduki ujian berkenaan pada tahun lepas.

Bagaimanapun SMK Simanggang berjaya melahirkan beberapa orang pelajar termasuklah Sim Yii Wen yang memperoleh keputusan 10A dan Yik Chu Yang yang memperoleh keputusan 8A 2B bagi ujian peperiksaan berkenaan.

SMK Melugu pula menduduki tangga ke-6 bagi keputusan SPM 2009 dalam Bahagian Sri Aman apabila memperoleh 82.66 peratus kelulusan penuh menerusi 177 orang calon yang menduduk ujian berkenaan pada tahun lepas.

Sekolah berkenaan juga turut melahirkan seorang pelajar cemerlang iaitu Lorna Chong yang berjaya memperoleh 8A 3B menerusi keputusan SPM 2009 yang diumumkan pada tahun ini.

Secara keseluruhannya Bahagian Sri Aman menerusi enam buah sekolah menengah berkenaan mencatatkan sejumlah 89.75 peratus purata kelulusan penuh bagi ujian peperiksaan SPM 2009.

Terdahulu sejumlah 1,200 calon SPM 2009 dari keenam-enam buah sekolah menengah berkenaan membanjiri dataran utama Dewan Suarah Sri Aman untuk mengetahui keputusan SPM masing-masing hari ini.

Tamat.

1 comment:

  1. ...kepada saudara/saudari penulis

    untuk makluman: keputusan SPM sesebuah sekolah diukur dengan satu penanda aras yang disebut Gred Purata Sekolah (GPS) semakin kecil GPS tersebut semakin bagus keputusannya...bukannya berdasarkan peratusan lagi. Sila Perbetulkan. Rujuk laporan akhbar yang selalunya dilaporkan adalah GPS bukannya peratusan...Ini memalukan

    ReplyDelete