Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 March, 2010

SMK Simanggang anjur seminar keibubapaan



Caption:

1.SERIUS...Sebahagian daripada ibubapa dan guru SMK Simanggang yang hadir pada program seminar keibubapaan dan mesyuarat agung sekolah berkenaan hari ini.

2.PENERANGAN...Shuib ketika menyampaikan ceramah pada seminar keibubapaan yang berlangsung di SMK Simanggang hari ini.

SRI AMAN, Sabtu (6 Mac) – Sejumlah 402 orang ibubapa dan guru menghadiri Program Seminar Keibubapaan dan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang Kali Ke-15 bertempat di Dewan Rafflesia sekolah terbabit hari ini.

Majlis yang berlangsung pada jam 8 pagi itu telah dimulai dengan ketibaan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Haji Abdul Rahman Muhiyuddin sebelum Pengetua SMK Simanggang, Haji Ibrahim Jamaian memulakan ucapan alu-aluannya pada pagi tersebut.

Sebaik sahaja selesai ucapan alu-aluan oleh beliau, Program Seminar Keibubapaan telah dimulakan pada jam 8.30 pagi menerusi ceramah yang disampaikan oleh Haji Mohd Shuib Haji Maknum dari Yayasan Sarawak.

Program Seminar Keibubapaan yang berlangsung selama dua jam itu bertujuan bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap ibubapa tentang kepentingan akademik terhadap masa depan hidup anak-anak selepas ini.

Malahan menerusi pendedahan menerusi seminar ibubapa selepas ini akan menjadi lebih faham dan seterusnya mendorong anak-anak untuk lebih serius dan bersemangat bagi mencapai taraf kecemerlangan akademik masing-masing.

Majlis diteruskan lagi dengan majlis perasmian program terbabit oleh Haji Abdul Rahman sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Simanggang Kali Ke-15 bermula jam 11 pagi.

Antara aktiviti yang berlangsung pada mesyuarat berkenaan adalah pengesahan minit Mesyuarat Agung PIBG Ke-14, perbentangan perkara berbangkit daripada minit, pembentangan laporan oleh setiausaha, pembentangan laporan bendahari dan pembentangan usul.

Kemuncak mesyuarat agung kali ini ialah pemilihan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Simanggang bagi sesi 2010 / 2012 sebelum aktiviti berkenaan tamat sepoenuhnya pada jam 12.30 tengahari.

Kesemua 402 ibubapa dan para guru yang melibatkan diri dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Simanggang Kali Ke-15 juga turut menghadiri majlis jamuan makan tengahari.

Secara keseluruhannya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Simanggang Kali Ke-15 ini berjalan dengan penuh lancar dan mendapat kerjasama daripada kesemua ibubapa pelajar sekolah berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment